728x90 AdSpace

  • Latest News

    Wednesday, 13 September 2017

    Layanan Istimewa Trump Bukti Pengiktirafan Pada Datuk Seri Najib






    Layanan yang diberikan Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak adalah satu layanan yang tidak pernah diterima oleh mana-mana Perdana Menteri dalam kalangan negara Asean jika menemui Presiden negara Uncle Sam itu di White House.

    Najib ketika tiba di West Wing, disambut oleh Trump sebaik keluar dari kereta dan bersalaman sebelum dibawa masuk untuk diperkenalkan kepada anggota pentadbiran Trump seorang demi seorang.

    Kemudian, delegasi Malaysia yang diketuai Najib mengadakan perbincangan bersama di White House berkenaan isu keselamatan dan hubungan dua hala antara Kuala Lumpur-Washington yang menyambut ulang tahun ke-60 hubungan kedua-dua negara. Ini adalah pengiktirafan kepada Najib sendiri selaku Perdana Menteri, Malaysia.

    Trump, seorang ahli perniagaan yang dipilih sebagai Presiden AS pada 20 Januari tahun ini. Tidak sampai setahun berada dalam pentadbiran, Trump memberikan penghormatan kepada Najib dengan Trump sendiri menjemput beliau untuk hadir ke White House, semalam.

    Biarpun di rantau ASEAN ini, Singapura dikenali sebagai sekutu rapat AS, ketua negara Singapura dikatakan hanya akan bertemu dengan Trump pada bulan depan selepas Malaysia.

    Tindakan Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli yang mendakwa lawatan Najib ke White House adalah bukan lawatan rasmi adalah satu fitnah kerana layanan yang diberikan oleh kerajaan Amerika adalah amat luar biasa sekali.

    Pembangkang bengkak mata dan terkedu lidah semalam. Usaha mereka mensabotaj jemputan rasmi Trump kepada Najib gagal.

    Sudah pasti bagi Trump, Najib adalah sahabat rapat beliau. Sebaik mendarat di AS, Najib diberikan kawalan keselamatan ketat dipercayai oleh unit Secret Service AS sepanjang perjalanan ke hotel penginapan di Hotel Trump International.

    Ketika, bekas Perdana Menteri, Mahathir Mohamad pergi berjumpa George Bush, Mahathir tidak dijemput di depan pintu kereta dan staff White House tidak berbaris pun untuk diperkenalkan pada Mahathir.

    Ada komen di laman YouTube yang memaparkan video Rafizi itu menganggap Rafizi sudah ketandusan modal sampai ke lawatan bersejarah Najib bertemu Trump pun mahu diburukkan oleh pembangkang.

    Lebih baik Rafizi memikirkan masa depannya yang bakal dilalui di dalam sel penjara kerana hukuman penjaranya selama 18 bulan bakal berlangsung jika rayuannya di Mahkamah Rayuan ditolak nanti. Perkara itu lebih penting daripada terus menyibuk hal-hal lawatan Najib bertemu dengan Trump.

    Apatah lagi serangan pembangkang yang mengatakan bahawa Jabatan Kehakiman (DOJ) dan Biro Siasatan Persekutuan (FBI) akan menangkap Najib dalam siasatan 1MDB oleh DOJ, semua terbukti fitnah kerana layanan yang diberikan oleh Trump kepada Najib begitu istimewa sekali.

    Tindakan mereka mempersoalkan tempat penginapan Najib di hotel milik Trump juga tidak sepatutnya dipersoalkan kerana jemputan kepada Najib itu disampaikan sendiri oleh Trump dan sebagai seorang usahawan besar dunia, sudah tentu Trump boleh memberikan ruang kepada Najib untuk menginap di hotel berkenaan.

    Ketika bekas Presiden AS, Barack Obama datang ke Malaysia sebelum ini, pembangkang begitu marah apabila tiada perjumpaan diadakan oleh Obama bersama Ketua Pembangkang pada ketika itu.

    Tidak perlu pertikai kenapa tiada sidang media bersama. Masa Mahathir bertemu dengan Bush di White House, tidak ada sebarang kenyataan bersama pun dibuat. Kebanyakan rakyat tidak mengetahui berkenaan pertemuan itu.

    Namun semalam, agensi berita CNN menayangkan secara langsung saat pertemuan kedua-dua delegasi di White House dengan kenyataan daripada Najib dan Trump. Jadi isu tiada sidang media bersama tidak lagi relevan.

    Pembangkang mati akal semalam. Usahlah cakap Malaysia sudah jajah Amerika selepas ini kerana pembelian pesawat Boeing oleh syarikat Malaysia. Sudah sudahlah sabotaj ekonomi Malaysia. Akuilah bahawa diplomasi Najib baik dengan India, China, Arab Saudi dan Amerika Syarikat banyak untungkan negara kita.


    Tulisan :
    Beruang Biru
    BB576, Rabu
    13 September 2017

    "Hidup tak selalunya indah tapi yang indah itu tetap hidup dalam kenangan"
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 Comments:

    Post a Comment

    Tidak menerima sebarang komen yang menghina dan maki caci

    Item Reviewed: Layanan Istimewa Trump Bukti Pengiktirafan Pada Datuk Seri Najib Rating: 5 Reviewed By: Editor
    Scroll to Top