728x90 AdSpace

  • Latest News

    Thursday 14 September 2017

    30 Peratus Pekerjaan Di Bank Diganti Mesin






    Tiga puluh peratus daripada pekerjaan di bank akan diambil alih oleh robot dan AI (artificial intelligence) dalam tempoh lima tahun akan datang.

    Vikram Pandit, individu yang menguruskan Citigroup Inc. semasa krisis kewangan lalu berkata, perkembangan teknologi sekarang bakal menyaksikan perubahan besar dalam kerja-kerja perbankan.

    “Semuanya melibatkan AI, robot dan bahasa semulajadi dan ia menjadikan proses-proses tersebut lebih mudah,” katanya dalam satu temubual hari ini dengan Bloomberg Television di Singapura.

    Beliau kini merupakan Ketua Pegawai Eksekutif Orogen Group, sebuah firma pelaburan yang diasaskan beliau tahun lepas.

    Sementara ramalan Pandit berkenaan kehilangan pekerjaan ini sejajar dengan unjuran dibuat Citigroup tahun lepas, ramalan beliau lebih agresif.

    Dalam laporan pada Mac 2016, kumpulan perbankan itu menganggarkan pengurangan sebanyak 30 peratus di antara tahun 2015 dan 2025 disebabkan terutamanya oleh penggunaan automasi dalam perbankan runcit.

    Ini menyaksikan kerja-kerja sepenuh masa jatuh sebanyak 770,000 di Amerika Syarikat dan kira-kira satu juta di Eropah, kata Citigroup.

    “Industri perbankan menjadi terlalu kompetitif,” kata Pandit sambol menambah yang beliau menjangkakan pertumbuhan “penyedia kepakaran” serta penggabungan dalam industri.

    “Saya melihat dunia perbankan yang sebelum ini sebuah institusi kewangan yang besar menjadi satu yang lebih desentralisasi,” katanya.

    – MalaysiaGazette


    "Hidup tak selalunya indah tapi yang indah itu tetap hidup dalam kenangan"
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 Comments:

    Post a Comment

    Tidak menerima sebarang komen yang menghina dan maki caci

    Item Reviewed: 30 Peratus Pekerjaan Di Bank Diganti Mesin Rating: 5 Reviewed By: Editor
    Scroll to Top