Nampaknya isu rumah tangga Hafiz Hamidun dan Joy Revfa kembali hangat hari ini apabila Joy Revfa telah menfailkan permohonan faraq di Mahkamah Rendah Syariah. Dia terpaksa membuat permohonan itu selepas Hafiz mula meragui perkahwinan mereka dengan mendakwa tidak sah.
Terbaru, menerusi Instagram Live milik Hafiz Hamidun dia memberi penjelasan mengenai dakwaan yang dibuat Joy pagi tadi. Dia turut terkejut apabila Joy terlebih dahulu membuat kenyataan awal.
Bukan berdiam diri
Saya tiada ulasan tentang perkahwinan tidak sah, anda akan ketahui tentang perkara itu tidak lama sahaja lagi selepas semua keputusan dan fakta sudah siap.
Bukan saya berdiam diri, cuma saya ingin bercakap berlandaskan fakta bukan emosi semata-mata. Bagi saya sekarang bukan masanya lagi.
Menurut Hafiz, dia tidak mahu layan bercakap kerana emosi. Dia turut memberitahu sedang mengumpulkan data dan fakta untuk memberi bukti yang kukuh.
Hafiz turut hadir ke mahkamah pagi tadi untuk memfailkan permohonan faraq namun gagal kerana Joy sudah melakukannya terlebih dahulu.
Banyak campur tangan
Sepatutnya hari ini dah selesai semuanya, tapi campur tangan banyak pihak membuatkan ia jadi rumit.
Hafiz mendakwa isu menjadi lebih rumit kerana banyak pihak yang cuba campur tangan dalam hal ini. Dia akan membuat tindakan sewajarnya. Diharap isu ini dapat diselesaikan dengan baik. Semoga kedua duanya baik menjalani kehidupan seperti biasa.
Sumber : Hafiz Hamidun
"Hidup tak selalunya indah tapi yang indah itu tetap hidup dalam kenangan"
0 Comments:
Post a Comment
Tidak menerima sebarang komen yang menghina dan maki caci