Sesetengah daripada mereka yang kononnya memperjuangkan hak asasi adalah sebenarnya “musang berbulu ayam” yang kerjanya melindungi penjenayah, bidas Timbalan Perdana Menteri Dato’ Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi kepada para pengkritik pindaan Akta Pencegahan Jenayah 1959 (POCA).
Kenyataan itu dibuat beliau semasa merasmikan buku ‘Poca: Nafas Baharu Banteras Jenayah’ di salah sebuah hotel terkemuka di Putrajaya.
“Kita tahu pindaan tersebut akan dimanipulasikan oleh pihak yang kononnya pejuang hak asasi. Tapi hakikatnya mereka adalah ‘musang berbulu ayam’ yang sebenarnya melindungi penjenayah,” kata beliau seperti yang dilaporkan oleh sebuah portal tempatan semalam.
Dato’ Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menambah, “POCA sebenarnya telah berjaya mengurangkan jenayah dalam negara sebanyak 47%.”
“Jenayah adalah masalah besar. Tidak kira sama ada anda ahli Parlimen, kerajaan, pembangkang, kerabat diraja atau diplomat sekalipun, jenayah adalah musuh kita.”
“Tetapi nampaknya, kumpulan yang kononnya mahu membasmi jenayah, sebaliknya mereka pula yang menyokong jenayah. Mereka mahu dilihat sebagai pejuang hak asasi manusia tetapi hakikatnya mereka mengamalkan dwi standard.”
"Hidup tak selalunya indah tapi yang indah itu tetap hidup dalam kenangan"
0 Comments:
Post a Comment
Tidak menerima sebarang komen yang menghina dan maki caci