Syarikat penerbangan tambang murah Vietnam, Vietjet Air memberi jaminan kepada Indonesia bahawa kru kabinnya tidak akan memakai bikini bagi laluan dari Jakarta ke Ho Chi Minh, yang dijangka bermula Disember ini.
Timbalan pengarah hal ehwal komersial Vietjet Air, Jay L Lingeswara berkata, syarikat itu yang ketika ini beroperasi sebanyak 35 laluan antarabangsa hanya menampilkan kru kabin berpakaian bikini pada waktu tertentu.
"Kami amat yakin dan komited menawarkan perkhidmatan yang terbaik dan bersesuaian buat pasaran Indonesia," katanya pada sidang media sambil menambah bahawa Vietjet Air telah belajar dari pengalamannya semasa pembukaan laluan ke Malaysia sebelum ini..
Presiden pembangunan perniagaan Vietjet Air, Dinh Viet Phuong berkata, ia turut menyediakan makanan halal untuk penumpang beragama Islam.
Menurut Jay, syarikat itu mendapati Indonesia merupakan pasaran yang berpotensi kerana mempunyai populasi terbesar di Asia Tenggara. – The Jakarta Post/Asia News Network
"Hidup tak selalunya indah tapi yang indah itu tetap hidup dalam kenangan"
0 Comments:
Post a Comment
Tidak menerima sebarang komen yang menghina dan maki caci