728x90 AdSpace

  • Latest News

    Monday, 14 August 2017

    Kerajaan DAP Pulau Pinang Akan Boikot Hari Kemerdekaan Negara?




    Jika sambutan perayaan Aidilfitri tidak berapa diendahkan oleh Kerajaan DAP Pulau Pinang, ia mungkin boleh dianggap sebagai boleh dimaafkan, tetapi takkan lah Sambutan Hari Kemerdekaan juga nak ‘diboikot’ oleh kerajaan Pakatan Harapan di Pulau Pinang ini?

    Susah sangatkah untuk mengeluarkan arahan memasang bendera disetiap bangunan yang ditadbir oleh kerajaan negeri? Payah sangatkah Kerajaan DAP untuk bersama-sama seluruh rakyat Malaysia didalam menyambut bulan kemerdekaan?

    Sebagai sebuah kerajaan negeri yang didakwa sangat sayangkan negara dan mahu menjadikan negara ini lebih baik, sepatutnya DAP Pulau Pinang mengambil inisiatif mewujudkan suasana patriotik dikalangan rakyat. Bayangkan Jalur Gemilang dikibarkan dengan megah di setiap pelusuk negeri, ia pastinya akan kelihatan meriah.

    Tetapi malangnya, keadaan sebaliknya pula yang berlaku di negeri Pakatan pembangkang ini. Kempen kibar Jalur Gemilang kelihatan sangat sepi disepanjang jalan-jalan utama negeri. Begitu juga dengan bangunan-bangunan Jabatan serta agensi kerajaan negeri.

    “Kerajaan negeri sepatutnya menunjukkan sikap positif dengan menggerakkan kesemua jabatan dan agensi kerajaan negeri untuk memasang bendera Malaysia di bangunan-bangunan mereka sepanjang bulan kemerdekaan ini.

    “Hari Kemerdekaan ini disambut secara bersama dan ia merentasi sempadan politik. Ketepikan soal itu (politik),” kata Anggota Parlimen Balik Pulau Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya, ketika Majlis Penutupan Program Mymerdeka di Pasaraya Mydin.

    Manakala Ketua UMNO Bahagian Permatang Pauh, Datuk Mohd Zaidi Mohd Said juga turut menyatakan perasaan kesal beliau dengan senario yang berlaku. Beliau juga sangat kecewa dengan sambutan dingin pihak kerajaan negeri dalam menzahirkan semangat patriotisme sempena bulan kemerdekaan ini.

    “Sebagai rakyat negeri ini, sememangnya saya berasa kecewa kerana saya lihat di sepanjang laluan-laluan utama, bangunan-bangunan kerajaan negeri seperti Majlis Bandaraya Pulau Pinang, Majlis Perbandaran Seberang Perai dan pejabat-pejabat daerah seolah-olah sepi dan semangat kemerdekaannnya tidak dirasai oleh pucuk pimpinan mereka.

    “Mereka (kerajaan negeri) seolah-olah tidak mahu menggalakkan rakyat untuk sama-sama memeriahkan sambutan Hari Kemerdekaan,” katanya.

    “Hari Kemerdekaan adalah milik semua rakyat Malaysia tidak mengira apa jua bangsa dan fahaman politik kerana mereka terdiri daripada masyarakat yang berbilang kaum..” tambah beliau. – UN

    "Hidup tak selalunya indah tapi yang indah itu tetap hidup dalam kenangan"
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 Comments:

    Post a Comment

    Tidak menerima sebarang komen yang menghina dan maki caci

    Item Reviewed: Kerajaan DAP Pulau Pinang Akan Boikot Hari Kemerdekaan Negara? Rating: 5 Reviewed By: Editor
    Scroll to Top