Setelah berdolak-dalih dengan pelbagai alasan, akhirnya punca masalah rumah tangga penyanyi ketuhanan Hafiz Hamidun dan pengasas produk kecantikan Merve, Joy Revfa terbongkar apabila wanita itu sebenarnya dipercayai bernikah ketika masih bergelar isteri orang.
Perkara tersebut diketahui umum menerusi penyebaran surat cerai Joy yang dikeluarkan oleh sebuah portal online jelas tertulis bahawa tarikh cerai perkahwinan pertama Joy ialah pada 13 Julai lalu, kira-kira dua bulan selepas berkahwin dengan Hafiz.
Hafiz sebelum ni enggan memberi penjelasan berhubung surat cerai Joy atau nama sebenarnya, Siti Arifah Mohd. Amin dan menyerahkan segala keputusan kepada pihak mahkamah.
Joy pula dalam satu sidang akhbar semalam menegaskan pernikahannya dengan Hafiz sah di sisi agama namun tidak menjelaskan mengapa perceraiannya tidak didaftarkan di Malaysia walaupun sudah berpisah dengan bekas suami, Datuk Mohd. Rayos Abdul Rahim sejak 2015. - K! ONLINE
"Hidup tak selalunya indah tapi yang indah itu tetap hidup dalam kenangan"
0 Comments:
Post a Comment
Tidak menerima sebarang komen yang menghina dan maki caci