728x90 AdSpace

  • Latest News

    Monday, 14 August 2017

    Jaga Adab Ketika Berdebat Isu Sensitif - Titah Sultan Kedah





    Sultan Kedah, Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah menegur sikap segelintir masyarakat yang sering berdebat secara tidak beradab mengenai isu-isu sensitif di laman sosial semata-mata kerana perbezaan ideologi sempit atau kepentingan diri sendiri.

    Baginda bertitah, perdebatan isu-isu mengenai kemuliaan agama Islam, kedaulatan raja-raja, hak keistimewaan kaum serta hukum agama di alam maya, sering kali mengundang tafsiran negatif berhubung perkara berkaitan.

     Tidak terkecuali, teguran sama turut dititahkan terhadap sebahagian golongan ilmuan agama yang sering mengeluarkan fatwa, tuduh menuduh dan berdebat di ruang maya sehingga masyarakat berpecah belah.

    “Senario ini menjadi virus yang memporak-peranda dan mengelirukan rakyat, memecah belah serta mengkucar-kacirkan ukhwah yang selama ini terjalin indah.

    “Apatah lagi pimpinan politik dan individu berkepentingan mengambil kesempatan untuk mewujudkan suasana tidak harmoni sekali gus menghangatkan lagi permusuhan dan polemik sesama umat Islam,” titahnya.

    Baginda bertitah demikian ketika merasmikan Mesyuarat Pertama Penggal Kelima, Dewan Undangan Negeri Ke-13 di sini hari ini.

    Teks titah ucapan baginda dibacakan Raja Muda Kedah, Tunku Sallehuddin Sultan Badlishah

    - Utusan Online

    "Hidup tak selalunya indah tapi yang indah itu tetap hidup dalam kenangan"
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 Comments:

    Post a Comment

    Tidak menerima sebarang komen yang menghina dan maki caci

    Item Reviewed: Jaga Adab Ketika Berdebat Isu Sensitif - Titah Sultan Kedah Rating: 5 Reviewed By: Editor
    Scroll to Top