728x90 AdSpace

  • Latest News

    Thursday, 10 August 2017

    ECRL Projek Bertaraf Dunia Untuk Rakyat Biasa






    1 November 2016, hasil lawatan Datuk Seri Najib ke China sejumlah 14 perjanjian perdagangan bernilai RM144 billion telah dipersetujui. Salah satunya adalah projek Laluan Rel Pantai Timur atau ECRL sepanjang 688 kilometer dari Pelabuhan Klang ke Pengkalan Kubor.

    Semasa China bersetuju untuk melabur dalam projek ECRL berkelas dunia bernilai RM55 billion ini pada November lepas, pembangkang membuat pelbagai tohmahan dan kutukan kononnya Malaysia sudah kena gadai dengan China.

    Tuduhan yang sama sekali tidak benar, ini kerana dalam masa yang sama pelaburan Malaysia bernilai RM7.5 billion juga masuk ke China. Bila Guan Eng meminjam wang tanpa had dari Exim Bank of China tidak pula dikata Pulau Pinang kena gadai?

    Projek ECRL ini adalah satu projek bertaraf dunia untuk rakyat biasa. Pembangkang tidak perlu mempolitikkan semua benda, kerana kebaikan ECRL ini manfaatnya adalah untuk semua rakyat biasa.

    Sistem pengangkutan yang moden dan bertaraf dunia ini akan memudahkan pergerakan ramai orang, dari Selangor terus ke Kelantan dalam masa 4 jam sahaja.

    Sama seperti projek MRT, kini dari Kajang ke Sungai Buloh, setiap hari ramai orang mahu merasai menaiki MRT. Ada yang berswafoto dalam MRT, ada yang mahu rasa makan Sate Kajang dan pemandu Grab pun dapat tambah rezeki mereka.

    Inilah juga yang akan dirasai oleh rakyat di Pantai Timur bila ECRL ini siap nanti. ECRL mensasarkan 5.4 juta penumpang dan 53 juta tan kargo antara tahun 2024 hingga 2030.

    Malah Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yaakob turut mengakui ECRL bakal memberi impak besar pada rakyat Kelantan nanti. Kisah janji Husam Musa untuk buat tren laju sejam dari Kota Bharu ke Kuala Lumpur hanya tinggal jadi bahan jenaka sahajalah, bila ECRL ini siap nanti.

    Seramai 3,600 pelatih dari kalangan mahasiswa akan dilatih dalam Program Latihan Kemahiran Industri ECRL. Membuka peluang pekerjaan kepada 80,000 rakyat Malaysia.

    ECRL juga dijangka meningkatkan KDNK negeri Pahang, Terengganu dan Kelantan sebanyak 1.5%. Menurut Anthony Dass, Group Chief Economist Ambank, pembinaan ECRL ini turut menyumbang 0.2% kepada pertumbuhan GDP negara.

    4.4 juta rakyat di Pantai Timur akan dapat menikmati perkhidmatan tren berkelas dunia bila ECRL siap nanti pada 2024. Hari ini pun, mereka yang mahu balik ke utara sedang menikmati kemudahan tren ETS yang cukup selesa, menjimatkan masa dan tenaga.

    Bagai goreng pisang panas, tiket ETS habis awal bila musim perayaan dan hujung minggu. Itulah nanti yang akan dinikmati oleh orang Kelantan, Terengganu dan Pahang nanti bila ECRL siap pada 2024 nanti.

    Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sendiri sudah menyatakan bahawa projek rel terpanjang di Malaysia itu telah mendapat sokongan penuh rakyat.

    “MRT membuatkan rakyat percaya bahawa kita mampu mencapai dan menyediakan kemudahan bertaraf dunia. Begitu juga dengan ECRL yang akan bertaraf dunia.

    “Adalah sesuatu yang membanggakan projek ini mendapat sokongan 95 peratus daripada 17,000 responden daripada kaji selidik yang dijalankan selama tiga bulan,” kata Datuk Seri Najib.

    600 orang boleh berada dalam satu tren ECRL yang akan beroperasi selama 22 jam 30 minit sehari antara jam 5 pagi hingga 1 pagi.

    Bermakna emak dan ayah boleh pergi rumah anaknya di Gombak jam 5 pagi dari Tumpat membawa bersama Nasi Dingin atau Nasi Berlauk.

    Sampai 9 pagi sudah boleh bersarapan bersama anak anak di Gombak. Kemudian pulang semula ke Tumpat pada jam 5 petang dan sampai jam 9 malam.

    Hubungan kekeluargaan menjadi erat dengan adanya ECRL. Mereka yang jauh didekatkan dengan keretapi berkelas dunia. Hentikanlah buat cerita yang tidak baik.

    Dulu cakap Lynas ada "zombie" dan sebagainya, sekarang selepas 5 tahun ada orang mati kerana bahan radioaktif dan jadi "zombie"?  Pembangkang menipu sahaja.

    Bersama samalah sokong projek ECRL bertaraf dunia ini, demi kebaikan semua rakyat secara bersama.


    Tulisan :
    Beruang Biru
    BB535, Khamis
    10 Ogos 2017


    "Hidup tak selalunya indah tapi yang indah itu tetap hidup dalam kenangan"
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 Comments:

    Post a Comment

    Tidak menerima sebarang komen yang menghina dan maki caci

    Item Reviewed: ECRL Projek Bertaraf Dunia Untuk Rakyat Biasa Rating: 5 Reviewed By: Editor
    Scroll to Top