728x90 AdSpace

  • Latest News

    Friday, 11 August 2017

    Cikgu Hensem Terima Mesej Ajak Buat Seks Dari Pelajar Tingkatan 5





     Jika semalam seorang murid berusia 12 tahun membalas mesej ibu rakannya dengan biadab, hari ini seorang guru lelaki (praktikal) pula menerima gangguan seksual dari pelajar perempuan.


    Alangkah terkejutnya membaca mesej-mesej yang dihantar oleh pelajar berkenaan. Tidak padan dengan usia, ternyata pelajar terbabit sudah terbiasa dan mungkin pernah melakukan hubungan seks sebelum ini.


    “Walaupun saya ini cikgu praktikal kamu sahaja, kalau kamu tak nak hormat saya pun tak apa, tetapi tolong hormat saya yang lebih tua dari kamu.


    “Budak-budak sekolah sekarang dah tak ada adab. Bukan nak mengaibkan, tetapi nak tunjuk perbezaan budak sekolah dulu dengan budak sekolah sekarang. Dulu nak jalan depan cikgu pun, tunduk. Sekarang? Allah saja yang tahu,” kata Muhammad Hafidzol Ejoy di Facebooknya.


    Menurut Muhammad Hafidzol, remaja berkenaan berkemungkinan pelajar tingkatan lima.
    Muhammad Hafidzol kesal dengan tindakan pelajar berkenaan yang begitu berani menghantar mesej-mesej seperti itu kepadannya tanpa sebarang rasa segan atau malu.


    “Berani betul dia. Parah dah anak-anak mudah zaman sekarang,” katanya.


    Berdasarkan screenshot WhatsApp, pelajar terbabit pada awalnya bertanya jika guru terbabit mahu melakukan hubungan seks dengannya. Tetapi permintaannya itu ditolak.




    Enggan berputus asa, pelajar itu sekali lagi cuba menggoda guru berkenaan dan memintanya menghantar gambar badan dan berjanji tidak akan berikan kepada sesiapa. Sekali lagi, guru berkenaan tidak mahu melayan sehinggalah pelajar terbabit membuat panggilan sebelu mengajak untuk membuat video call.





    Di akhir mesej, Muhammad Hafidzol meminta pelajar berkenaan hormat kedudukannya sebagai guru dan berhenti menghantar mesej yang bukan-bukan.


    Sementara itu di media sosial, netizen menasihatkan agar Muhammad Hafidzol tidak mengendahkan mesej pelajar terbabit.





    Sumber – Reporter

    "Hidup tak selalunya indah tapi yang indah itu tetap hidup dalam kenangan"
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 Comments:

    Post a Comment

    Tidak menerima sebarang komen yang menghina dan maki caci

    Item Reviewed: Cikgu Hensem Terima Mesej Ajak Buat Seks Dari Pelajar Tingkatan 5 Rating: 5 Reviewed By: Editor
    Scroll to Top