728x90 AdSpace

  • Latest News

    Wednesday 16 August 2017

    "Bukan Rezeki, Saya Maafkan Artis Itu" - Izreen Azminda





    Meskipun terkilan ekoran disingkirkan daripada produksi program hiburan popular pada saat akhir, namun aktres Izreen Azminda menganggap ia bukan rezekinya.


    Memetik laporan BH online, Izreen berkata, dia difahamkan penyingkiran itu dibuat atas permintaan seorang artis yang terbabit dalam program berkenaan.


    Apa yang dikesalinya kerana dia sudah membuat persiapan dan beberapa tawaran kerja ditolak demi program terbabit.


    Kata Izreen lagi, dia sepatutnya terlibat dengan sesi fotografi dan promosi program berkenaan namun tiba-tiba pihak produksi memberi alasan sesi fotografi dan promosi ditunda.


    Selepas dia bertanyakan kepada penguru, rupa-rupanya barulah dia tahu namanya disingkirkan atas permintaan seorang artis


    "Saya anggap bukan rezeki saya dan saya juga memaafkan artis itu, jika benarlah apa yang dimaklumkan kepada saya.


    "Cuma saya nak cakap, jika dia ada perasaan tak selamat dalam diri dan paranoid, memang hati takkan tenang sampai bila-bila," katanya.


    Perkembangan lain, Izreen akan sibuk dengan penggambaran drama 13 episod bagi siaran sebuah saluran televisyen, bulan hadapan.

    "Hidup tak selalunya indah tapi yang indah itu tetap hidup dalam kenangan"
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 Comments:

    Post a Comment

    Tidak menerima sebarang komen yang menghina dan maki caci

    Item Reviewed: "Bukan Rezeki, Saya Maafkan Artis Itu" - Izreen Azminda Rating: 5 Reviewed By: Editor
    Scroll to Top