Wednesday, 30 August 2017

Liberal Dan Merdeka





Sepertimana pada setiap tahun, tarikh keramat 31 Ogos bakal menjelma semula. 60 tahun dahulu pada tanggal 31 bulan Ogos 1957, Tunku Abdul Rahman Putra al-Haj ibni Almarhum Sultan Abdul Hamid Halim Shah II telah melaungkan kalimah keramat “Merdeka” sebanyak tujuh kali dalam satu upacara bersejarah di Stadium Merdeka, Kuala Lumpur yang menyaksikan Pulau Pinang dan Melaka mencapai kemerdekaan daripada penjajahan dan kolonisasi British, manakala negeri-negeri lain bebas mentadbir tanpa perlu khidmat ‘nasihat’ dari Residen British, sehingga membawa kepada pembentukan Persekutuan Tanah Melayu dan selanjutnya sempurna sebagai Malaysia pada 16 September 1963.

Seterusnya, Malaysia ditadbir dan diperintah menggunakan sistem Demokrasi Berparlimen, Raja Berperlembagaan dimana Raja-Raja Melayu mewakilkan kuasa mereka kepada Perdana Menteri dan jentera pentadbirannya untuk mengemudi Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum, agama dan budayanya. Dalam mentadbir sebuah negara yang baru dibentuk dan bersifat majmuk, pelbagai cabaran dihadapi oleh Tunku Abdul Rahman dan jentera pentadbirannya. Beberapa peristiwa yang menguji ikatan perpaduan antara kaum tercetus yang kemuncaknya mengakibatkan kepada peristiwa hitam 13 Mei 1969.

Kemuncaknya, darurat tercetus, fungsi Parlimen digantung dan Majlis Gerakan Negara (MAGERAN) ditubuhkan untuk menjalankan pentadbiran negara. Melalui MAGERAN, Majlis Perundingan Negara telah ditubuhkan dan bertanggungjawab menjadi pemikir dalam merangka perpaduan negara.

Hasilnya, lahir satu ideologi kebangsaan iaitu Rukun Negara yang digubal sebagai falsafah negara dan pendekatan baru ke arah mewujudkan sebuah negara bangsa yang stabil.

Rukun Negara telah diisytiharkan secara rasmi pada 31 Ogos 1970 oleh YDP Agong dan digunakan sehingga kini sebagai alat pengikat perpaduan antara kaum di Malaysia.

Rukun Negara terdiri daripada dua komponen iaitu sebuah perisytiharan dan ikrar Rukun Negara yang mempunyai lima prinsip.

Ia digubal untuk bersifat umum berdasarkan acuan masyarakat Malaysia yang berbilang kaum dan agama dengan tujuan memperkukuhkan perpaduan antara kaum.

Cita-cita penting yang dinyatakan dalam perisytiharan Rukun Negara adalah perpaduan dalam kalangan seluruh masyarakatnya, cara hidup demokratik, masyarakat yang adil, liberal terhadap tradisi-tradisi kebudayaannya dan masyarakat progresif.

Artikel ini tertarik dengan salah satu cita-cita dalam perisytiharan Rukun Negara iaitu “Menjamin satu cara liberal terhadap tradisi-tradisi kebudayaannya yang kaya dan berbagai corak”.

Perlulah diingat bahawa perisytiharan Rukun Negara dan Rukun Negara itu sendiri digubal sebegitu rupa bertujuan menjaga perpaduan antara kaum dalam negara ini setelah masyarakat majmuk negara ini diancam perpecahan.

Oleh yang demikian ayat-ayat dan perkataan-perkataan yang dipilih adalah menjurus kepada matlamat perpaduan dan menjaga kepentingan semua pihak dalam negara.

Pelbagai pihak memberi tafsiran masing-masing kepada apa yang dimaksudkan dengan perkataan “liberal” dalam ayat di atas. Ada pihak menyatakan “liberal” bermaksud “bebas” manakala pihak lain menafsirnya sebagai “terbuka” atau “luas”.

Menurut Kamus Oxford dan Merriam-Webster, perkataan “liberal” membawa maksud antaranya keterbukaan kepada perkara baru, kebebasan, kelonggaran dan meluaskan pandangan atau pemahaman.

Ia berasal daripada perkataan Latin iaitu “liber” bermaksud bebas atau tanpa kekangan. Maksud ini adalah berkait rapat dengan perkembangan falsafah Barat mengenai hak asasi manusia. Sedangkan maksud perkataan “liberal” ini mestilah tertakluk kepada konteks negara di mana ia digunakan.

Perkara 3(1) Perlembagaan Persekutuan menyatakan Islam adalah Agama bagi Persekutuan dan Perkara 4(1) menyatakan Perlembagaan adalah undang-undang tertinggi negara.

Ini bermaksud tafsiran bagi perkataan “liberal” dalam perisytiharan Rukun Negara mestilah tunduk kepada Perlembagaan Persekutuan.

“Liberal” dalam hal ini bermaksud meraikan keterbukaan kepada kemajmukan tradisi-tradisi kebudayaan dan kepercayaan pelbagai kaum dalam Malaysia sepertimana yang dicetuskan oleh Perdana Menteri pertama Malaysia iaitu Allahyarham Tunku Abdul Rahman Putra al-Haj.

Bukannya keterbukaan kepada liberalisme, sekularisme, pluralisme, LGBT, ateisme, murtad, radikal evangelisme, sosialisme, komunisme dan pelbagai lagi fahaman asing serta aneh bagi negara ini sepertimana yang diperjuangkan oleh sesetengah pihak.

Amat malang sekali apabila ada pihak yang tidak bertanggungjawab cuba memutarbelitkan maksud-maksud yang terkandung dalam perisytiharan Rukun Negara dan Rukun Negara itu sendiri mengikut agenda peribadi mereka. Ia bukan sahaja membawa mudarat kepada rakyat negara ini yang berbilang bangsa malah adalah suatu perbuatan mengkhianati negara ini sendiri.

Oleh yang demikian, kita sebagai rakyat Malaysia yang cintakan keamanan dan perpaduan wajib menolak sebarang agenda asing yang cuba dibawa masuk untuk menjajah pemikiran dan merosakkan keharmonian negara kita yang tercinta. Tema sambutan Hari Kemerdekaan bagi tahun 2017 adalah “Negaraku Sehati Sejiwa”.

Tema ini menepati usaha kerajaan yang mahu memberi penekanan betapa pentingnya rakyat Malaysia yang berbilang kaum dan agama saling memahami dan menghormati serta bersatu padu menetukan masa depan negara agar lebih gemilang, stabil dan aman damai. Selamat menyambut Hari Kemerdekaan yang Ke-60.



Rujukan:

http://www.perdana.org.my/spot light2/item/rukun-negara-the- national-principle-of-malaysia
http://pelajarpolitekniknilai. blogspot.my/2014/09/rukun-nega ra-malaysia.html
http://repo.uum.edu.my/3186/1/ S22.pdf https://www.jpnin.gov.my/sites /default/files/BUKU%20PANDUAN% 20KRN.pdf
https://www.merriam-webster.co m/dictionary/liberal https://en.oxforddictionaries. com/definition/liberal
https://ms.wikipedia.org/wiki/ Liberalisme https://www.mysumber.com/hari- kebangsaan.html
http://www.asiaone.com/asia/tu rn-malaysias-guiding-principle http://www.sinarharian.com.my/ kolumnis/xifu-naser/apakah-mak na-liberal-sebenarnya-1.725983

Sukan SEA Serlahkan Patriotisme Rakyat Malaysia





Semangat cintakan negara dan nilai patriotisme seluruh rakyat jelas dilihat sepanjang penganjuran Sukan SEA ke-29 oleh Malaysia, kata Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Timbalan Perdana Menteri berkata semangat itu lebih terserlah apabila atlet-atlet negara mencatat kejayaan dan menyumbang pingat untuk Malaysia pada temasya dwitahunan itu.

“Apabila pingat emas diraih, bendera negara kita dijulang. Lagu Negaraku berkumandang. Malah, seluruh rakyat Malaysia berkobar-kobar memberi sokongan penuh kepada pasukan negara kita.

“Bagi seluruh atlet, saya merasakan inilah terjemahan semangat cintakan negara,” katanya dalam klip video ucapan Hari Kebangsaan 2017, yang dimuat naik di laman Twitter hari ini.

Ahmad Zahid juga berbangga apabila sokongan padu yang diberikan rakyat Malaysia kepada atlet-atlet negara tidak mengandungi sebarang prejudis terhadap mana-mana kaum.

Katanya sikap itu jelas menunjukkan nilai perpaduan sejati bangsa Malaysia.

“Kita harus kekalkan semangat ini demi negara. Selamat menyambut Hari Kemerdekaan. Merdeka, merdeka, merdeka!” katanya.

Klip video berdurasi 4 minit 51 saat itu dimulakan dengan petikan temu bual bersama Bapa Kemerdekaan Malaysia Tunku Abdul Rahman, yang menceritakan perjuangannya mendapatkan kemerdekaan untuk Tanah Melayu.

Menurut Perdana Menteri Malaysia yang pertama itu, setelah melihat usaha British menentang komunis terus gagal, beliau berpendapat satu-satunya cara untuk melawan komunis pada masa itu ialah dengan mendapatkan kemerdekaan.

“Inilah satu negeri dalam dunia yang berperang dengan komunis dan telah dapat kemenangan.

“Dengan adanya tuah seumpama itu (kemerdekaan), terpulang kepada rakyat jelata sekalian untuk menjaga dan memelihara negara kita ini supaya sampai akhir zaman dapatlah kita tumpang berteduh, keturunan kita tumpang berteduh dalam Malaysia negeri yang merdeka dan berdaulat,” kata Tunku Abdul Rahman.

Klip video itu seterusnya memaparkan Malaysia yang semakin berjaya dalam arus kemodenan, serta wajah beberapa rakyat Malaysia yang telah mengharumkan nama negara dalam pelbagai bidang.

Mereka adalah ahli astrofizik Prof Emeritus Datuk Dr Mazlan Othman, angkasawan negara Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor, pakar bioteknologi Dr Mahaletchumy Arujana, penyanyi Yuna dan pelakon Datuk Michelle Yeoh.

Malaysia menyambut Hari Kebangsaan pada 31 Ogos. – BERNAMA

Kastam Berjaya Lumpuhkan Kes Penipuan Tuntutan Pulang Balik GST Dianggarkan Bernilai RM25.58 Juta





Bertindak atas maklumat dan hasil kerjasama bersama Pasukan Penguatkuasaan Pemulihan Hasil Negara (NRRET), Bahagian Penguatkuasaan, Jabatan Kastam Diraja Malaysia telah berjaya menahan dalang utama yang disyaki terlibat dalam penipuan tuntutan pulang balik (refund) palsu melalui penyata GST-03 yang dianggarkan bernilai hampir RM25.58 juta.



Suspek utama telah ditahan bersama wang tunai berjumlah RM200,000 dan pelbagai mata wang asing manakala sebanyak RM182,000 telah ditahan bersama isteri suspek. Akaun bank milik kedua-dua suspek telah dibekukan bagi tujuan siasatan di bawah Akta Pencegahan  Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001.



Kes disiasat di bawah Seksyen 89(1)(b) Akta Cukai Barang dan Perkhidmatan 2014. Jabatan Kastam menasihatkan agar registran GST dan masyarakat supaya tidak terlibat dengan kegiatan tuntutan palsu GST kerana tindakan undang-undang akan dikenakan kepada mereka.

Gabenor BNM Terkejut Kerugian Cecah RM9 Bilion, Kata Bekas Pembantu Khas





Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) mengenai kerugian matawang asing Bank Negara Malaysia (BNM) lebih 2 dekad lalu hari ini menyaksikan seorang bekas pembantu khas gabenor bank pusat itu mengakui terdapat “kerugian sangat besar” berlaku.


Liew Siew Kuan, bekas pembantu khas kepada Tan Sri Jaafar Hussein yang bersara sebagai gabenor BNM pada 1994, berkata beliau diminta memeriksa akaun bank pusat itu.


“Saya tidak ingat tahun bila tetapi Jaafar Hussein maklumkan pada saya supaya memeriksa akaun BNM.


“Selepas semakan dibuat, terdapat kerugian sangat besar dialami BNM melibatkan urusniaga forex dan selepas itu, Jaafar mengarahkan saya melakukan semakan semua akaun,” katanya ketika memberi keterangan prosiding RCI di Istana Kehakiman di sini hari ini.


Liew, yang merupakan saksi ke-11 siasatan RCI itu, berkata Jaafar terkejut setelah diberitahu BNM mengalami kerugian mencecah RM9 bilion.


Jaafar meninggal dunia pada 1998.


Menurut Liew, Jaafar memintanya memaklumkan hal berkenaan kepada ketua Audit negara ketika itu, Tan Sri Ishak Tadin supaya reputasi negara dapat diselamatkan.


“Saya jumpa Ishak dan beritahu beliau, untuk selamatkan reputasi Malaysia, selamatkan negara,” katanya, sambil menambah kerajaan ketika itu tidak mempercayai kerugian sebanyak itu boleh berlaku.


Semalam, bekas auditor di Pejabat Ketua Audit Negara, P. Kanason Pothinker memberitahu wujud “pihak atasan” mengarahkannnya tidak campur tangan susulan kerugian yang dialami mengenai kerugian Bank Negara Malaysia (BNM).


Katanya, beliau turut dimaklumkan seorang pegawai dari Pejabat Peguam Negara yang urusniaga forex itu dibuat tidak mengikut proses dan tidak mengikut syarat Akta Bank Negara 1958.


Prosiding hari ini merupakan sesi keempat RCI bagi menyiasat kes kerugian BNM melalui kegiatan perdagangan mata wang asing sekitar 1990-an.


Kerugian itu berlaku semasa pentadbiran Tun Dr Mahathir Mohamad, sementara Datuk Seri Anwar Ibrahim merupakan menteri kewangan ketika itu.


Siasatan RCI itu dipengerusikan bekas ketua setiausaha negara Tan Sri Mohd Sidek Hassan; Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Kamaludin Md Said; Ketua Pegawai Eksekutif Bursa Malaysia Berhad Datuk Seri Tajuddin Atan; Pengerusi Bersama Pasukan Petugas Khas Pemudahcara Perniagaan Tan Sri Saw Choo Boon; Ahli Institut Akauntan Malaysia K Pushpanathan; dan Setiausaha Bahagian Pelaburan Strategik Kementerian Kewangan Datuk Dr Yusof Ismail.

Kim K Sumbang AS$500,000 Untuk Mangsa Harvey





Selebriti rancangan realiti, Kim Kardashian dan keluarganya menyalurkan sumbangan AS$500,000 (RM2.1 juta) kepada usaha bantuan Taufan Harvey.


Beliau menyertai barisan bintang lain seperti Jennifer Lopez, Dwayne Johnson, pemain NFL J J Watt dan pelawak Kevin Hart yang menjanjikan dana bagi membantu ribuan penduduk terjejas akibat bencana itu di Texas.


Kardashian dan saudara perempuannya, Khloe dan Kourtney serta ibu mereka, Kris Jenner, membuat janji itu di Twitter, menyalurkan dana mereka kepada pertubuhan Palang Merah dan Salvation Army.


“Houston, kami mendoakan kamu! Ibu, adik beradik perempuan saya dan saya akan menderma AS$500,000,” katanya menerusi Twitter.


Ribut Tropika Harvey, yang melanda Texas sebagai taufan hujung minggu lalu, menyebabkan banjir teruk di negeri itu, mengorbankan sekurang-kurangnya 11 orang dan melumpuhkan Houston.


Pegawai bandar raya sudah bersiap sedia memberi perlindungan kepada 19,000 penduduk, dengan ribuan lagi dijangka meninggalkan kawasan terjejas. – Reuters/BH ONLINE






Wanita Nyaris Maut Bersetubuh Dengan Suami, Selepas 6 Bulan Tak Jumpa






SEORANG wanita di China nyaris maut selepas dikatakan terlalu ghairah melakukan hubungan seks dengan suaminya sehingga mengakibatkan kanser ovarinya pecah.


Wanita berusia 26 tahun yang hanya dikenali sebagai Xiao Qing dikejarkan ke hospital selepas mengadu sakit pada bahagian perut selepas melakukan hubungan intim dengan suaminya yang berusia 28 tahun.


Pasangan suami isteri berkenaan dilaporkan sudah enam bulan tidak berjumpa kerana masing-masing bekerja di dua bandar yang berbeza, lapor Mail Online memetik Xiaoxiang Morning Post.


Pada 19 Ogos lalu, mereka akhirnya dapat bertemu selepas wanita itu pergi ke tempat tinggal suaminya di Changsa, wilayah Hunan.


Walau bagaimanapun, pertemuan romantis pasangan suami isteri itu bertukar tragis apabila Xiao Qing mengalami kesakitan yang teruk selepas melakukan hubungan seks.


Akibat daripada persetubuhan ghairah itu, Xiao Qing kehilangan hampir 40 peratus daripada jumlah darah namun mujurlah dia terselamat, lapor portal tersebut.


Xiao Qing dibawa ke bilik kecemasan Hospital Rakyat wilayah Hunan.


Seorang doktor, Dr Huang Mei memberitahu wartawan bahawa Xiao Qing tidak hamil tetapi hasil imbasan CT mendapati terdapat sejumlah darah dan cecair di bahagian perut dan pelvis wanita itu.


Doktor itu segera melakukan laparoskopi diagnostik ke atas Xiao Qing dan hasil ujian mengesahkan dia mengalami hemoperitoneum, iaitu kehadiran darah dalam rongga peritoneum.


“Terdapat kira-kira 1,500ml darah di dalam perutnya hilang, iaitu kira-kira 40 peratus daripada jumlah darah dalam badan dia. Jika dia lambat dihantar, kemungkinan boleh mengancam nyawa,” kata Dr Huang.


Xiao Qing juga disahkan mempunyai sista ovari dan telah pecah di bahagian kanan ovari.


Dia kemudian melakukan pembedahan untuk mengeluarkan sista pada ovarinya.


Dr Huang menjelaskan terdapat dua kemungkinan yang boleh menyebabkan sista ovari pecah iaitu kerana tekanan darah tinggi semasa kitaran haid ketika wanita mencapai akil baligh dan aktiviti seksual yang agresif.


Difahamkan, Xiao Qing sudah pulih daripada pembedahan.











- mD

Hakim Wanita Di Mahkamah Syariah Perlu Diperkasa





Usaha bagi memperkasakan prestasi dan perkhidmatan Hakim Syarie wanita wajar diberi perhatian yang serius.



Hakim Mahkamah Tinggi Syariah Selangor, Noor Huda Roslan berkata, ruang yang lebih luas untuk berdiskusi serta bimbingan daripada para Hakim Syarie yang lebih berpengalaman perlu disediakan.



“Semua Hakim Syarie yang ada boleh berkongsi pandangan dan pengetahuan masing-masing demi memastikan kesinambungan dan kecemerlangan perkhidmatan para Hakim Syarie wanita.



“Ianya bagi memastikan kesinambungan dan kecemerlangan perkhidmatan para Hakim Syarie wanita,” katanya dalam kertas kerja yang dibentangkan pada Seminar Kebangsaan Mahkamah Syariah 2017 60 Tahun Pasca Kemerdekaan, yang diadakan di sini, hari ini.



Selain itu, beliau berkata, inisiatif untuk membuka lebih banyak ruang dan peluang kepada wanita untuk dilantik sebagai Hakim Syarie sama ada diperingkat Mahkamah Rendah Syariah, Mahkamah Tinggi Syariah mahupun di peringkat Mahkamah Rayuan Syariah perlu dilaksanakan secara terancang dan teratur.

Tuesday, 29 August 2017

Gambar Bogel Justin Bieber Di Akaun Instagram Selena Gomez





Akaun Instagram penyanyi wanita popular Selena Gomez yang memiliki lebih 125 juta orang pengikut telah digodam oleh pihak yang tidak bertanggungjawab pagi semalam (Isnin).

Bukan sahaja digodam malah tiga keping gambar bogel bekas kekasih Selena, Justin Bieber telah dimuat naik.

Gambar Bieber yang dirakamkan pada tahun 2015 ketika sedang bercuti di Bora-Bora itu kemudiannya dipadamkan serentak dengan akaun Instagram itu.

Selang beberapa jam kemudian, akaun itu kembali aktif dan gambar-gambar bogel Bieber telah dipadamkan.



Insiden itu barangkali berlaku tanpa dirancang, namun Bieber menerusi Instagram Story telah mengemaskini gambarnya sedang bersedih.



Kisah cinta pasangan Selena dan Bieber bermula pada tahun 2010 dan disahkan setahun kemudian apabila hadir bersama ke acara parti Vanity Fair Oscars.

Namun, hubungan mereka terumbang-ambing selama beberapa tahun dan akhirnya putus tahun lalu.

"Mesra Kami Bukan Dibuat-Buat Untuk Menunjuk"





Menyedari ada pihak yang tidak senang dengan kemesraan yang dipamerkan mereka, Shuib Sepahtu mengakui pernah menasihati isteri, Siti Sarah supaya tidak keterlaluan menunjukkan kemesraan diantara mereka, biarpun sudah bergelar suami isteri. Bagaimanapun Shuib mengaku kadang-kala beliau sendiri tidak sedar momen spontan mereka dirakam isteri.


“Saya tahu ada pihak kurang senang dengan kemesraan kami. Saya ada menegur Sarah untuk tidak memuat naik video atau gambar yang keterlaluan di media sosial. Sebenarnya, saya tidak tahu koleksi video yang tersimpan dalam telefon bimbit Sarah. Ini kerana apa yang dimuat naik sebelum ini pun saya tidak sedar dia merakamkan momen spontan itu”


Namun begitu, Shuib tidak menafikan kemesraan yang dipamerkan di media sosial bukanlah dibuat-buat oleh mereka, malahan rakan-rakan juga sudah lali dengan keletah mereka yang sebegitu. Dalam hal ini, mungkin impaknya sedikit berbeza apabila ia dirakam dan dikongsikan kepada umum memandangkan pasangan ini adalah selebriti terkenal.


“Ini adalah sikap kami sejak dulu lagi, keluarga serta rakan-rakan sudah lali. Mungkin dengan adanya media sosial, ia menjadi lebih meluas lagi,” jelasnya kepada Berita Harian Online mengenai dakwaan peminat mengatakan beliau dan isteri terlalu menunjukkan kemesraan.


Terdahulu pasangan ini pernah didakwa bersikap sedikit keterlaluan mempamerkan kemesraan diantara mereka terutama di Instagram. Ada juga pihak mengatakan pasangan ini bersikap mesra didepan kamera kerana ingin menutup masalah rumah tangga yang ada. Pandai betul mereka ini membuat teori, apapun semoga Shuib dan Sarah sentiasa berbahagia. (rtky/w)

Warga Indonesia Ini ‘Menyamar’ Jadi Penyokong Malaysia & Ini Perkara Yang Dipelajarinya





Sabtu lepas merupakan pertemuan paling dinanti-nanti oleh peminat bola sepak tempatan apabila skuad negara bertemu dengan Indonesia dan akhirnya kemenangan berpihak kepada kita. Selain daripada kekalahan, apa yang paling risau ialah apabila takut terjadinya rusuhan diantara penyokong Malaysia dan Indonesia.

Nak dijadikan cerita, salah seorang warga Indonesia bernama Andri Suwarno ‘menyamar’ jadi penyokong dan duduk bersama ribuan penyokong Malaysia pada perlawanan tersebut. Selepas itu, ini yang dipelajari oleh Andri.



Hadir jadi penyokong Malaysia, tiket diberi oleh rakan

Ini bendera persahabatan hadiah seorang perwira Navy seal Angkatan laut Diraja Malaysia….kawan baik saya Beliau yg belikan tiket dan menyediakan akomodasi …Indonesia Malaysia negeri serumpun, negeri multi ethnic yg kompak dan rukun membangun malaysia, saudara seagama, 99% masyarakat Malaysia adalah = Indonesia , +- 3 juta warga negara Indonesia bekerja mencari nafkah di Malaysia ,jangan mau di adu domba… Oleh komunis




Alhamdulillah bisa nonton ditribun depan… Depan saya team suppoter Indonesia… Ada sekitar -+ 8000 ribu suppoter tanah air…




‘Ini yang wajib ditiru..’

Puluhan ribu Supporter Malaysia sholat magrib berjamaah… Dilanjut doa… Demi kemenangan team harimau malaya.. Subhanallah ini yg wajib ditiru oleh supporter Indonesia selalu melibatkan Allah swt dalam segala keadaan..




Penyokong Malaysia sangat Intelek


Alhamdulillah selama pertandingan tdk ada yel yel yg rasis …kalau nanti ada video yel yel rasis saya pastikan itu hasil editan dan hoax… Suppoter Malaysia sangat intelek, berpendidikan dan mapan secara ekonomi… Jadi tdk urakan…..




Sumber: Facebook Andri Suwarno

[VIDEO] Kini Anda Akan Semakin Bangga Dengan Suasana KL





Semalam merupakan hari pelancaran projek River of Life (RoL) dan Blue Pool yang bertempat di Masjid Jamek Sultan Abdul Samad. Projek itu telah dilancarkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang meliputi perairan sungai sekitar Masjid Jamek.

Terletak di titik konvergensi sungai Klang dan Gombak, projek Blue Pool ini direka untuk mengubah sungai secara visual. Memang cantik wei! Rugi siapa tak tengok.


Cantiknya!








Blue Pool Masjid Jamek Sultan Abdul Samad ini dilengkapi dengan air pancut simfoni menari, koridor biru, kesan kabus dan kilat. Memang menarik! Tempat ini juga merupakan taman rekreasi bagi menarik minat penduduk tempatan dan pelancong untuk ke sini.


Menarik!




Projek RoL ini juga adalah bertujuan untuk memelihara sungai di Malaysia. Ianya akan dapat membawa impak yang lebih kuat kepada kemajuan negara. Jadi lepas ini jangan cuba buang sampah di dalam sungai. Siapa belum pergi boleh pergi tengok okay!



Sumber :Rizal Hakim

Akhbar Thailand Gesa Rombak Sukan, Prestasi Suram Pada Sukan SEA KL





Sebuah akhbar harian berbahasa Inggeris yang popular di sini menggesa rombakan dilakukan terhadap program sukan Thailand berikutan kualiti atlet negara itu dikatakan merudum pada Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 yang sedang berlangsung.


Dalam teguran keras terhadap pihak berkuasa sukan negara itu, akhbar The Nation dalam lidah pengarangnya hari ini berkata, negara telah gagal terutamanya dalam (acara) sukan antarabangsa pada temasya dwitahunan yang sedang berlangsung di Kuala Lumpur.


"Pada Kuala Lumpur 2017 , Thailand telah gagal terutamanya dalam 'sukan antarabangsa'. Pendek kata sekiranya acara sukan serantau (tradisional) dikeluarkan daripada carta pingat, negara masih ketinggalan di belakang Malaysia, Singapura dan Vietnam," katanya.


Penyenaraian sukan tradisional dalam Sukan SEA, katanya telah dijadikan alasan oleh negara jika ia kalah kepada Malaysia untuk kekal mendominasi temasya serantau itu, tetapi ia tidak boleh bergantung pada alasan dan hujahan itu lagi pada kali ini.


Thailand yang menyasarkan 109 pingat emas pada SEA Games Ke-29 itu, menurut akhbar itu, sudah kehabisan alasan dan pada masa sama turut hilang cengkaman dalam sukan-sukan antarabangsa.


Sementara itu, Malaysia selaku tuan rumah Sukan SEA, walaupun berdepan kritikan kerana menganjurkan sukan-sukan yang dikuasainya, ia telah membuktikan bahawa atlet-atlet mereka memang tiada tandingannya apabila membabitkan sukan-sukan antarabangsa, menurut akhbar itu.


Berbaki dua hari lagi pertandingan, Malaysia jauh mendahului dalam jumlah pungutan pingat dan bakal dinobatkan sebagai juara keseluruhan dengan Thailand di tempat kedua.


Thailand ialah juara keseluruhan Sukan SEA dua tahun lepas di Singapura.





-- BERNAMA

Monday, 28 August 2017

Kerana 'Buah' Kecil, Ratu Cantik Dipaksa Buat Pembedahan Implan Payudara





Bekas ratu cantik Miss Asia Pacific World, May Myat Noe, yang berasal dari Myanmar pernah dipaksa membuat pilihan sama ada melakukan pembedahan implan payu dara atau gelaran ratu cantik berkenaan ditarik balik.


May memenangi gelaran terbabit pada 2014 di Seoul, pada usia 16 tahun.


Dia kemudiannya kembali ke Myanmar namun terpaksa kembali semula ke Seoul di mana penganjur mendesak May melakukan pembedahan implan payu dara dengan kos ditanggung agensi berkenaan.


May enggan melakukannya menyebabkan gelaran ratu cantik itu ditarik balik dan dia juga dituduh mencuri mahkota Swarovski bernilai $100,000 itu dan melarikan diri.


May telah menjawab tuduhan berkenaan dengan memberitahu dia tidak ada niat untuk menyimpan mahkota terbabit namun dia mengambilnya selepas memenangi ratu cantik tersebut.


Dia juga mendesak supaya penganjur meminta maaf kerana memanggilnya pencuri serta mengakui memaksanya melakukan pembedahan berkenaan, sebelum dia memulangkan semula mahkota terbabit.


Meskipun tidak lagi memegang gelaran ratu cantik terbabit, namun May tetap membanggakan negaranya apabila dia semakin terkenal dalam bidang modeling dan pernah menyertai pertandingan Asia Next Top Model.


Dia juga telah menghadiri minggu Fesyen New York dan berpeluang bertemu dengan pereka fesyen serta tokoh penting dalam industri fesyen.






Kontroversi Gambar Seksi 4 Finalis Ratu Cantik Puteri Indonesia






"Selalu ada pro dan kontra tapi semua dilakukan sesuai tempatnya kan?"

Begitu jawapan ringkas jurucakap penganjur Yayasan Puteri Indonesia (YPI) Mega Angkasa ketika menjawab kontroversi gambar seksi empat finalis pertandingan ratu cantik Puteri Indonesia.

Mega merujuk tempat sesi fotografi yang diadakan di pantai Seminyak di pusat peranginan terkenal dunia, Bali.

Berkaitan: Berbikini nampak payudara, ratu cantik Indonesia kena getah

Portal tempatan Detik.com melaporkan pemenang sebelum ini Elvira Devinamira dan Anindya Kusuma Putri juga pernah beraksi sama untuk keperluan promosi bagi bertanding di peringkat antarabangsa.

Empat finalis teratas ratu cantik Indonesia dikecam pengguna maya susulan penampilan mereka itu.

Video di balik tabir acara itu itu memaparkan bahagian tepi payudara seorang finalisnya dengan jelas.




Empat finalis itu ialah Bunga Jelitha, Kevin Liliana, Karina Nadila dan Dea Rizkita.

Pengguna maya daripada negara umat Islam teramai di dunia itu bagaimanapun tidak selesa langkah berani itu dan mengkritik hebat.

Seorang finalis, Dea di Instagram bagaimanapun mempertahankan tindakan itu dan mengajak orang ramai melihat perkara itu daripada aspek berbeza.

Sementara itu, Mega berkata Dea akan bertanding mewakili Indonesia di Vietnam pada Oktober depan.

Sementara Bunga sebagai Puteri Indonesia 2017 akan berentap di pertandingan Miss Universe 2017 yang di Sydney, Australia pada Januari tahun depan.


A post shared by Karina Nadila (@karinadila8921) on


Keberatan ulas

Sementara itu, portal hiburan Indonesia Kapanlagi.com pula melaporkan seorang lagi jurucakap YPI pula keberatan mengulas itu itu.

"Itu jurugambar swasta ya? Bukan dari Yayasan Puteri Indonesia. Si jurugambar ingin pamer hasil karyanya," ujar Wardiman.

Kenapa Perempuan Cantik Nak Couple Dengan Lelaki Tak Handsome




Cerita pasal percintaan ni seperti kita cerita soal isi hati. Ada yang menganggap cinta itu sekadar permainan sandiwara dalam kehidupan dan ada juga menganggap cinta itu satu kelebihan dalam hidup. Ramai remaja dan hampir keseluruhannya menikmati alam percintaan.


“Kenapa Perempuan Cantik Nak Couple Dengan Lelaki Tak Handsome”

kita akan tertanya-tanya dan dalam fikiran kita Mesti ada sebab tertentu perempuan nak couple dengan lelaki tak handsome ni.


Mengenai perkara ini, mesti ada yang cakap, biasalah jodoh itu ketentuan Allah. Ada juga yang cakap pasal kebaikan dan keburukkan dalam soal ini.

Sebab perempuan nak couple dengan lelaki tak handsome ni , sebab bila lelaki tak handsome memiliki kekasih yang cantik mereka akan menghargai dan berikan kasih sayang sepenuhnya dan menghargainya, Lelaki tak handsome ni kebanyakkannya lelaki yang sejati. Zaman sekarang ni paling sukar untuk perempuan mendapatkan pasangan hidup yang betul-betul sayangkan mereka, lagipun kalau pilih yang handsome ni, sado ni asyik jadi geng kunyit je, jadi perempuan akan pilih lelaki yang tak handsome sebagai pasangan hidup. ” biar tak kacak asalkan jadi lelaki yang tulen. Lelaki bila tak handsome, perempuan tak pandang. Sebab tu bila dah dapat yang terbaik mereka akan jaga dan tidak akan persiakan

Lain pula dengan perempuan yang berfikiran negatif, mereka menganggap ini satu helah untuk mereka merasa lebih selesa dan senang. ” Tak handsome tak apa yang penting duit banyak”. Sesetengah perempuan ni tak berpikiran bodoh untuk memilih lelaki tak handsome untuk dijadikan pasangan hidup. Mereka akan menilai pasangan hidup itu untuk dijadikan suami atau sekadar kesenangan mereka. Lelaki bila ada kereta mewah perempuan akan pandang, rata-rata perempuan zaman sekarang ni berkelakuan sebegitu. Kebanyakkan bagi pelajar kolej dan pelajar universiti ni, bukan juga nak kata buruk dengan budak-budak kolej dan U ni tapi member sendiri pernah mengalami situasi ni bukan seorang je pernah kena tapi lebih dari seorang yang pernah mengalami,  dijadikan transpot untuk kesana sini untuki kesenangan mereka je, lama-kelamaan kau akan ditinggalkan dengan sebab yang tak munasabah.



odoh yang baik akan dipertemukan dengan orang yang baik. Begitu pula sebaliknya.


Artinya:
“Wanita-wanita yang keji adalah untuk laki-laki yang keji, dan laki-laki yang keji adalah buat wanita-wanita yang keji (pula), dan wanita-wanita yang baik adalah untuk laki-laki yang baik dan laki-laki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik (pula)….”.

[VIDEO] Gaduh Ketika Beli Tiket Final Sukan SEA #KL2017





WALAUPUN pintu tiket stadium buka bermula 11 pagi, namun seawal 12 malam tadi sudah kelihatan penyokong Malaysia membanjiri kawasan Stadium Shah Alam untuk membeli tiket perlawanan akhir antara Malaysia lawan Thailand.


Perlawanan tersebut bakal berlangsung esok, namun tidak enaknya ketika mahu membeli tiket di ruangan stadium itu, ada yang mencetuskan kekecohan ketika peminat bola sepak sedang beratur membeli tiket berkenaan.


Walaupun begitu, masih tidak diketahui punca kekecohan itu berlaku kerana apa.


Saksikan video berkenaan di sini ;



Kerap Digigit Nyamuk? Jom Baca Kenapa Serangga Ni Suka Kat Korang






Mesti pelik kan, rupa-rupanya nyamuk pun pandai memilih mangsanya untuk dihisap juga. Lagi menghairankan kalau tempat yang anda pergi bersama rakan-rakan yang lain, nyamuk tersebut lebih menyukai untuk menghisap darah anda berbanding rakan anda yang lain. Nak tahu kenapa? Jom baca.


a) Badan Mengandungi  Kadar Karbon Dioksida Yang Banyak

Antara salah satu penyebab nyamuk suka datang kepada anda adalah disebabkan badan kita mengeluarkan kadar karbon dioksida yang banyak. Lagi banyak badan kita keluarkan karbon dioksida, lagi berseleralah nyamuk tu kat kita.


b) Suhu Badan Tinggi

Kebiasaannya, individu yang berbadan besar dan wanita mengandung dan orang yang baru selesai bersenam akan digemari oleh sang nyamuk dek kerana suhu badan mereka yang tinggi.


c) Jenis Darah Dalam Badan

Menurut kajian, darah jenis O lebih digemari oleh nyamuk berbanding darah jenis A. Hal ini kerana, komposisi badan akan mengeluarkan bahan kimia melalui kulit, dan dari itulah nyamuk dapat mengenalpasti darah jenis apakah si mangsa mereka. Patutlah nyamuk selalu datang hinggap kat tempat admin, mungkin sebab darah O darah manis kot.


d) Komposisi Mikrob Kulit

Setiap individu mempunyai komposisi mikrob yang berbeza pada kulit masing-masing. Oleh itu, komposisi unik mikrob itulah juga yang akan mempengaruhi jumlah nyamuk yang akan datang untuk menghisap darah anda.


e) Aktif/ Selalu Mengeluarkan Peluh

Aktiviti yang mengeluarkan peluh juga menjadi penyebab utama suhu badan kita meningkat dengan mendadak. Hal ini kerana jumlah asid laktik akan meningkat dan akan menyebabkan kulit kita mengeluarkan haba. Nyamuk lebih utamakan mangsa yang bersuhu badan tinggi, oleh itu anda yang berpeluh pasti akan jadi mangsa utama.



Sekian perkongsian untuk hari ini. Cegah aedes dan denggi!

4 Tanda Yang Kita Boleh Lihat Wanita Itu Tiada Dara





Setiap lelaki yang belum berkahwin semestinya mencari pasangan yang masih Dara iaitu wanita yang belum pernah disentuh oleh lelaki . Bagaimana kita ingin mengesan seseorang itu masih dara atau ” sudah ditebuk tupai . Banyak cara yang kita bole mengenalpasti seseorang itu masih dara tau tidak, namun susah bagi kita mengenalpasti bagi mereka yang bertudung. Di zaman sekarang ini wanita tidak lagi menghiraukan dara mereka yang mana dara itu hanya untuk suami mereka. 4 cara ini untuk mengenal pasti dara seseorang wanita yang belum berkahwin, namun tidak semestinya betul dan tepat setiap tekaan atau petua yang kita tahu itu boleh dijadikan sebagai perbandingan.


Perkongsian ini hanyalah sekadar untuk menambahkan pengetahuan. Sekiranya benar kita juga yang untung dan jika ia tidak benar ianya tidak merugikan kita sama sekali. Walaupun kita tersalah pilih itu adalah ujian bagi kita dan kita harus menerima dan berterima kasih, tapi sebaiknya kita mencuba untuk mendapatkan yang terbaik. perkongsian ini juga mungkin boleh membantu serba sedikit.




1. Leher

Bagi perempuan yang masih dara, kulit dibahagian leher tentunya masih anjal dan tegang melainkan perempuan yang gemuk. Bagi perempuan yang kehilangan dara, kesan kedut boleh dilihat dibahagian lehernya. Terdapat garis-garis halus kecil dibahagian leher. kesan garis itu adalah garis putus-putus dan bukanlah panjang. Maksud lainnya gadis yang tiada dara mempunyai garisan halus melintang pada bahagian lehernya.



2. Dahi

Kita boleh perhatikan dibahagian dahi yang mana gadis yang masih suci dahinya licin dan tidak berkedut adalah gadis yang masih dara. Bagi gadis yang kehilangan dara kita bole lihat dahi mereka yang mana dahi kelihatan berkedut tidak licin dan mempunyai garis-garis halus. kedut atau garis ini boleh dilihat walaupun gadis itu tidak bercakap.



3. Hidung

Manakalah perbezaan ketiga kita boleh lihat pada bahagian hujung hidung . Bagi perempuan masih suci yang mana tubuh mereka yang belum lagi disentuh, hujung hidung nampak kemerah-merahan bak bunga mawar yang mekar.  Bagi gadis yang tiada dara hujung hidung mereka kelihatan merah, namun merah yang mana kelihatan seperti bunga mawar yang telah layu dan berguguran iaitu hujung hidung berwarna merah pucat.



4. Garis Telapak Tangan





perempuan yang berkulit tebal dan kasar, cuba perhatikan kedua telapak tangannya, jika ada kesan retak, bermaksud gadis itu sudah tiada dara. Gadis yang masih suci , kedua telapak tangannya halus dan licin. kesan ditelapak tangan juga boleh dilihat jika tangan ditekan dan warna telapak tangan berwarna pucat dan tidak merah, ini bermaksud gadis itu telah kelhilangan dari.



Perkongsian ini adalah sekadar pengetahuan bersama,walaupun perkongsian ini tidaklah tepat dan tiada kesahihan sebenar. Namun pengetahuan orang yang terdahulu dan pengetahuan yang telah melaluinya adalah satu kemungkinan besar adalah betul.

Karier Berjalan Seperti Biasa, Akan Lebih Berhati-Hati – Afifah Nasir





Nama Afifah Nasir popular sekelip mata selepas kontroversinya dengan pasangan suami isteri, Aliff Aziz dan Bella Astillah. Ramai yang menjangkakan karier lakonan Afifah akan malap selepas kontroversi tersebut. Namun ternyata Afifah terus mendapat tawaran dan kini sedang sibuk di lokasi penggambaran drama bersiri 70 episod iaitu Syurga Yang Kedua disamping Fasha Sandha, Zarul Husin dan Siti Elizad.


Akan tetapi Afifah kini lebih berhati-hati di dalam pergaulan agar pisang tidak berbuah 2 kali. Kata Afifah:-


Kehidupan kena diteruskan dan Alhamdulillah apa yang berlaku tidak mematahkan semangat saya. Cuma saya perlu lebih berhati-hati dalam setiap tindak-tanduk saya agar tidak lagi terpalit dengan kontroversi.







Saya semakin matang dan kejadian itu juga banyak mengajar saya agar tidak mudah mempercayai orang disekeliling kita. Takkan orang baik, kita hendak buat sombong pulakan? Apabila saya kata tidak mahu percaya orang sekeliling bukanlah bererti saya mengasingkan dan menyendiri.


Saya tetap seperti biasa cuma lebih berhati-hati kerana kita tidak tahu niat orang ini macam mana.


Rakyat Malaysia memang mudah melupakan dan mudah memaafkan. Namun diharap Afifah tidak memandang enteng sikap pemaaf pengikut industri lakonan tanah air. Cuba elakkan dari terlibat sebarang kontroversi dan tingkatkan mutu lakonan anda ke tahap yang lebih baik. Semoga satu hari nanti orang akan berbicara tentang kehebatan lakonan anda dan bukannya kontroversi yang melanda. Sumber Mstar Online

Doktor Kongsi Kisah Kanak-Kanak 12 Tahun Mengandung Dirogol Datuk





Takut bila baca kisah datuk bersekongkol merogol cucu sendiri, ayah sesuka hati melayan anak bagaikan isteri. Ya, sumbang mahram itu pelakunya memang dekat dengan mangsa. Mereka yang sepatutnya melindungi, menjadi pemusnah masa depan darah daging sendiri. Baca perkongsian Dato’ Dr. Suriyakhatun Osman tentang kes sumbang mahram yang pernah dikendalikan 30 tahun dulu. Moga pembaca akan lebih berhati-hati mengawasi anak perempuan kita.

Baru-baru ini kita dikejutkan dengan kes-kes rogol yang dilakukan oleh ahli keluarga sendiri , ie sumbang mahram. Memang tidak akan terfikir seorang ayah abang atau datuk boleh perlakukan sedemikian terhadap ahli keluarga sendiri. Yang lebih menyedihkan pemangsa selalunya beragama Islam.

Saya sendiri telah berhadapan dengan kes begini semasa bertugas di Klinik Taqwa dalam 30 tahun yang lepas. Pada masa itu sepasang suami-isteri membawa anak yang berumur duabelas tahun sebab perut anaknya membesar tanpa sebab. Bila saya scan, saya dapati ada janin yang sudah cukup bulan dalam rahim anaknya. Saya bertanya pada anak ini, siapa yang lakukan dan dia tidak faham soalan saya sebab dia tidak tahu tentang seks. Maka saya bertanya dengan cara khusus,” siapa yang memasukkan anu dia ke dalam faraj kamu?” dan dia menjawab atuknya.

Saya paling dan bertanya kepada ibunya bagaimana ini boleh terjadi maka ibunya dengan berlinang air mata berkata, dia memang tidur se katil dengan datuknya.

Saya ni memang garang masa muda dan saya marah ibunya.

“Kamu tidak tahu hukum Islam?”

“Tidak boleh orang dewasa lelaki tidur sekatil dengan anak perempuan apatah lagi bawah satu selimut. Malahan adik beradik lelaki perempuan pun tidak boleh tidur ke katil bawah satu selimut. Anak perempuan sama perempuan pun tidak boleh tidur satu selimut. Ini langkah pencegahan yang sepatutnya dilakukan semua keluarga Muslim.”

“Anak perempuan juga bila sudah mumayiz tidak boleh mandi bogel dengan orang lain malah tidak boleh pakai pakaian yang menampakkan tubuh badan secara seksi. Ini semua langkah mencegah.”

Langkah-langkah Ini Tidaklah Bererti Kita Patut Maafkan Pemangsa

Pemangsa tetap salah dan melakukan kesalahan besar dari segi hukum Islam mahupun undang-undang sivil.
Kes tersebut menjadi sebuah tragedi besar untuk keluarga berkenaan. Atuknya dibawa polis dan disumbat kedalam penjara, anak yang mengandung dihantar ke sekolah budak nakal walaupun bukan salah dia. Keluarga adik beradik suami bermusuh dengan mereka sekeluarga sebab menyebabkan ayah mereka merengkok dalam penjara.

Selepas kejadian ini, saya telah utarakan kepada Wanita JIM sebagai AJK Wanita JIM Pusat untuk mengadakan program “sex education” dari peringkat kanak-kanak tadika sehingga remaja dengan adanya silabus bagi setiap peringkat. Program ini telah berjalan dan saya percaya masih berjalan malahan ada organisasi lain juga menjalankannya. Pada peringkat tadika, anak-anak diajar untuk tidak membenarkan orang dewasa memegang badan mereka terutama di alat kelamin.

Awas!

Setahu saya ada orang lelaki mempunyai nafsu seks yang tidak terkawal dan ini mungkin penyakit mental. Bila tidak dapat puaskan dengan cara halal, cara tak halal pun akan dilakukan.

Cegah sebelum berlaku. Bila berlaku ia sebuah tragedi besar.

Mungkin juga banyak kes-kes begini tidak dilaporkan oleh ahli keluarga sebab pemangsa ‘breadwinner” keluarga dan ahli keluarga takut akan hilang tempat pergantungan.

Anak-anak yang menjadi mangsa nafsu seks rakus ini akan menjadi dewasa yang penuh trauma.

Jagalah keluarga kita. Cegah sebelum berlaku. Ambil langkah-langkah menjaga pergaulan keluarga.

Bagi lelaki pula, jika ada nafsu seks yang tidak boleh dikawal, pergilah berubat.

Tambahan: Berubatlah dengan berjumpa Pakar Psikiatri di hospital atau rawatan kaedah homeopathy

Sumber/Foto: Dr. Suriyakhatun via Mingguanwanita

Thursday, 24 August 2017

'Jika Saya 'Kunyit', Kemukakan Bukti!' - Hafiz Hamidun




RENTETAN kemelut yang melanda penyanyi Hafiz Hamidun dan isterinya, Siti Arifah Mohd Amin atau Joy Refva, ada sesetengah pihak yang melabelkan Hafiz sebagai 'kunyit'.

Penyanyi lagu Jodoh Berdua ini tidak teragak-agak untuk menjawab tuduhan sesetengah pihak yang melabelnya 'kunyit'.

"Kalau ada pihak yang buat tuduhan seperti itu dan melabelkan saya dengan gelaran tersebut, dia perlu bertanggungjawab dan kemukakan bukti.

"Jika berlakunya unsur-unsur yang tidak tepat, saya anggap itu fitnah. Saya tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan perundangan atau saman," kata Hafiz.

Hafiz ditemui di sebuah sidang media yang berlangsung di pejabat urusan Arteffects International semalam.

Tambah Hafiz, dia kesal dengan cara isterinya berhadapan dengan situasi sebegini.

"Perkara sebegini seharusnya boleh diselesaikan secara tertutup dan senyap-senyap oleh kami berdua sahaja. Namun begitu, sekarang sudah berbeza. Semuanya sudah terbuka dan didedahkan apabila dia memuat naik status ke laman sosial miliknya.

"Selama ini, saya mengambil pendekatan berbeza. Saya senyap sahaja dan saya sendiri tidak pernah memberikan sebarang kenyataan di laman sosial.

"Malah, saya juga tidak membalas sebarang kenyataan yang diberikan pihak sebelah sana. Berbalas kenyataan bukan cara saya untuk menyelesaikan perkara ini," katanya lagi.

Sebelum ini, Joy telah memfailkan faraq atau pembubaran pernikahan di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari pada 18 Ogos 2017. Kes akan disebut semula pada 14 September ini.

Permohonan pembubaran dibuat mengikut Seksyen 61(3)(b)(1) dan Seksyen 62(1)(b) Enakmen Pentadbiran Agama Islam Negeri Selangor 2003.

Terdahulu, Hafiz dan Joy mendirikan rumah tangga di Masjid Negeri, Shah Alam pada 1 Mei 2017 dengan sekali lafaz.

Joy pernah berkahwin sebelum ini dengan Datuk Mohd. Rayos Abdul Rahim dan mempunyai seorang anak lelaki bernama Arryan Firdaus yang kini berusia tiga tahun.


- Teks oleh: Kamaruddin Razal

Instagram Farah Ann Digodam, 114,000 Pengikut Lenyap Sekelip Mata




Akaun Instagram milik gimnas Farah Ann digodam memaksa atlet untuk membuka akaun baharu.

Profil untuk akaun ‘@farahann94’ yang mempunyai 114,000 pengikut itu kini  ditukar kepada nama I Boy dan catatan dalam Bahasa Arab.

Farah Ann Abdul Hadi menerusi akaun Instagram baharunya @farahann.official berharap para peminat beliau boleh membantu melaporkan akaun itu kepada pihak Instagram.

“Tolong bantu membuat laporan tentang akaun ini (@farahann94). Terima kasih atas keprihatinan dan sokongan anda,” kata gimnas yang sumbang pingat emas untuk acara senaman lantai pada Rabu.






Akaun baharu Farah Ann kini mempunyai 13,400 pengikut dan beliau telah memuat naik beberapa gambar dari sekitar Sukan SEA 2017 yang sedang berlangsung.


Difahamkan akaun Instagram Farah Ann digodam pada awal minggu ini.


Pada masa yang sama, CyberSecurity Malaysia dalam satu kenyataan sebelum ini mengesahkan wujud serangan penggodam yang menyerang beberapa laman web di negara ini, membocorkan maklumat sulit serta kemungkinan serangan Penafian Perkhidmatan Teragih (DDOS).


Ketua Pegawai Eksekutif CyberSecurity Malaysia, Datuk Dr Amirudin Abdul Wahab, berkata sebanyak 33 laman web Malaysia dirosakkan oleh penggodam.

Ia berikutan isu bendera Indonesia yang dicetak secara terbalik dalam buka panduan Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 ketika majlis pembukaan pada Sabtu.

Plat ‘AKU BOSS’ Gagal Tarik Bidaan Ratusan Ribu Ringgit





Sebelum ini digembar-gemburkan kononnya nombor siri pendaftaran kenderaan di Perak, AKU 8055 yang boleh membawa maksud AKU BOSS, mungkin menerima bidaan tertinggi mencecah ratusan ribu ringgit.

Bagaimanapun, nombor pendaftaran itu hanya menerima bidaan tertinggi RM74,000 manakala yang tertinggi ialah AKU 1 dengan bidaan RM207,898.90.

Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Perak, Mohd Zawawi Zakaria berkata, pihaknya menerima 3,315 permohonan bidaan tetapi 239 daripadanya ditolak kerana tidak memenuhi syarat.

“Untuk siri AKU ini, harga tertinggi ialah AKU 1 iaitu pembida yang berjaya dengan membida sebanyak RM207,898.90.

“Untuk siri AKU ni, jumlah pembida adalah bertambah sebanyak dalam lima ke enam kali ganda berbanding siri yang sebelum ni dan jumlah kutipan untuk siri ini ialah sebanyak RM3.5 juta,” katanya.

Beliau ditemui selepas meninjau keadaan kaunter sempena hari terbuka JPJ Perak di sini pada Khamis.

Mohd Zawawi berkata, kutipan RM3.5 juta daripada siri AKU itu adalah antara yang tertinggi yang pernah dicatatkan oleh JPJ Perak.

Mengenai desas-desus sebelum ini kononnya terdapat selebriti yang dikatakan membida nombor-nombor tertentu, beliau memberitahu, berdasarkan rekod, selebriti berkenaan hanya membida nombor lain yang biasa.

Berdasarkan kepada semakan yang dibuat di papan kenyataan jabatan berkenaan, nombor AKU 8055 didaftarkan atas nama seorang lelaki berbangsa Cina manakala AKU 1 didaftarkan di atas nama seorang lelaki Melayu.

Mohd Zawawi memberitahu, nombor siri seterusnya AKV akan dibuka untuk tender kira-kira dua minggu lagi. – Awani

700 Cef Sedia Makanan 2 Juta Jemaah Haji





Lebih 700 cef ditugaskan untuk memasak makanan kepada lebih dua juta jemaah yang akan menunaikan ibadah haji pada tahun ini.


Menurut Agensi, Ketua Jawatankuasa Makanan dan Nutrisi Nasional, Shaker al-Harthi memberitahu portal be¬rita Arab News bahawa lebih 700 cef Arab Saudi akan menyiapkan keperluan makanan jemaah haji tanpa mengira kewarganegaraan mereka, lapor Kosmo.


Beliau berkata, satu perjanjian telah ditandatangani antara persatuan cef dan Jawatankuasa Makanan dan Nutrisi Nasional untuk menjaga keperluan pemakanan semua jemaah dan memupuk kesedaran tentang kepentingan keselamatan makanan.


“Kami mempunyai satu mekanisme yang sesuai untuk menyediakan makanan sihat pada kos yang rendah,” katanya.


Seorang cef di Hotel al-Shohadaa, Manal Hosawi berkata kepada Arab News bahawa cef tempatan memiliki pengalaman secukupnya untuk memenuhi permintaan jemaah haji dari seluruh dunia.


“Sebahagian jemaah haji sudah biasa dengan makanan tradisional mereka, jadi kami sedang berusaha sedaya upaya supaya makanan yang disediakan kepada mereka mempunyai rasa seakan-akan sama,” katanya.

"Tiada Yang Berani Dekati Suami Saya"





Biarpun saban hari kita mendengar ada sahaja pergolakan rumah tangga selebriti melibatkan pihak ketiga, namun bagi Ozlynn, beliau bersyukur perkahwinannya bersama Johan Rajalawak selama lapan tahun tidak pernah menghadapi dugaan seumpama itu. Lebih mengukuhkan lagi kepercayaannya kerana Johan lebih gemar berada di rumah melayan anak-anak.



“Jujurnya memang tidak ada yang mendekati pun. Cubalah kalau berani. Sebenarnya saya dan Johan saling memegang kepercayaan dalam hubungan kami dan rasanya itulah rahsia kepada rumah tangga harmoni”



“Salah satu sebab saya kata tiada wanita berani mendekatinya kerana sikapnya sendiri memang gemar duduk di rumah. Kalau dia keluar pun, dia pergi bermain futsal dengan rakan-rakan dan itu pun dia akan tinggalkan telefon di rumah,” jelasnya kepada m Star Online.



Sementara itu, Johan pula berkata, sejak berkahwin beliau sentiasa mengingatkan dirinya yang sentiasa membawa maruah isterinya bersama setiap kali keluar dari rumah. Jadi tidak pernah sedetik pun Johan terfikir untuk mencari wanita lain di luar kerana keluargalah keutamaannya.



Kalau masih ingat ketika kontroversi hangat melanda rumah tangga Aliff Aziz dan Bella Astillah baru-baru ini, ramai juga selebriti memuat naik kenyataan seakan memberi amaran kepada wanita diluar sana supaya tidak menganggu suami mereka. Kami percaya pasti ramai selebriti mengambil langkah berjaga-jaga selepas kejadian itu. (rtky/w)

Qi Sudah Jumpa Pengganti Nelydia





Pelakon dan pengacara Qi Razali, 40, mengesahkan dia kini menjalin hubungan cinta dengan wanita berusia 21 tahun bernama Nia Atasha Rosli.

Dia mula mengenali wanita itu ketika menghadiri sebuah acara di Ipoh, Perak awal tahun ini. Mereka semakin rapat sejak enam bulan lalu.

"Saya tertarik untuk mengenali dia kerana sikapnya yang selamba dan berjiwa seni.

"Lagipun kami selalu bekerjasama kerana dia pandai melukis,” katanya .

"Ketika itu saya langsung tidak menegurnya meskipun dia menjadi sukarelawan dalam acara yang saya anjurkan.

"Selepas pulang ke Kuala Lumpur, saya mengikuti perkembangannya di Instagram dan Instagram peribadinya dan mula berkenalan.

"Bukan mudah untuk mengajaknya keluar makan. Selepas beberapa kali mencuba, barulah dia sudi keluar makan bersama saya di sebuah restoran popular di Ampang,” katanya seperti yang dilaporkan Harian Metro.

Qi yang pernah bercinta dengan pelakon Nelydia Senrose bagaimanapun mengambil pendekatan untuk tidak terlalu terbuka menceritakan hubungannya dengan buah hati baru.

Dalam pada itu, Qi berkata dia sekarang lebih selesa bersikap ‘low profile’ dan tidak mahu terlalu menghebahkan mengenai perihal peribadinya.

Skandal Forex : Jangan Salahkan Orang Lain





Ketua Penerangan UMNO Selangor, Datuk Zein Isma Ismail berkata, Dr. Mahathir Mohamad perlu mengambil tanggungjawab terhadap kerugian wang negara yang dianggarkan lebih AS10 bilion (RM44 bilion) memandangkan beliau ketika itu merupakan Perdana Menteri yang berkuasa untuk membuat sebarang keputusan termasuk dalam isu pelaburan forex tersebut.

Menurut beliau, isu kerugian wang negara dalam isu pelaburan forex yang berlaku di zaman pemerintahan Dr. Mahathir bukanlah hanya sekadar tuduhan semata-mata, tetapi ianya benar-benar berlaku dan  tidak sama seperti isu 1MDB yang digunakan oleh pembangkang untuk menyerang kerajaan hari ini.

“Kerugian yang berlaku akibat kesilapan beliau membuat keputusan itu amat jelas dan diketahui umum khususnya oleh pegawai-pegawai kerajaan yang mentadbir negara ketika itu. Malah, dalam sebuah buku bertajuk  Malaysian Maverick tulisan Barry Wain yang telah diulang cetak sebanyak enam kali, turut mendedahkan beberapa skandal lain yang berlaku ketika pentadbiran beliau seperti skandal Perwaja Steel, skandal Bank Bumiputera dan beberapa lagi.

“Ini amat berbeza dengan isu 1MDB yang menjadi modal pembangkang di mana isu tersebut  hanya dikutip oleh pembangkang dari sebuah akhbar yang diragui ketelusan dan kebenarannya, tanpa ada sebarang bukti kukuh yang boleh mensabitkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam penyelewengan yang berlaku.

“Bahkan, Datuk Seri Najib sendiri secara terbuka dan berani membenarkan pihak-pihak tertentu seperti PAC yang turut dianggotai oleh pemimpin pembangkang untuk menyiasat tentang isu 1MDB ini. Siasatan itu juga telah membuktikan bahawa  Datuk Seri Najib terlibat dalam skandal tersebut dan ia diakui sendiri oleh pemimpin pembangkang sendiri yang terlibat dalam siasatan tersebut.

“Jadi amat jelas, skandal forex yang berlaku di zaman beliau itu amat-amat berbeza dengan isu 1MDB yang berlaku di zaman pemerintahan Datuk Seri Najib hari ini,” tegasnya kepada UMNO-Online di sini hari ini.

Zein yang juga merupakan Ketua UMNO Bahagian Subang turut menegaskan bahawa sebagai Perdana Menteri yang berkuasa membuat keputusan ketika itu, Dr.Mahathir perlu mengambil tanggungjawab sepenuhnya dalam kehilangan puluhan bilion wang negara ekoran pelaburan forex tersebut.

“Dr.Mahathir mesti mengambil tanggungjawab terhadap beratus bilion kerugian yang dialami oleh negara akibat kesilapan beliau dalam membuat keputusan. Beliau tidak wajar meletakkan kesalahan itu terhadap orang lain sedangkan beliau ketika itu merupakan orang nombor satu negara yang berkuasa untuk membuat sebarang keputusan.

“Ketika beliau dipuji-puji sebagai tokoh yang membangunkan negara, beliau mengambil mileage itu hanya untuk dirinya. Sedangkan, hakikatnya beliau tidaklah membangunkan negara ini secara berseorangan, tetapi dibantu oleh jemaah menteri yang bersama beliau ketika itu.

“Jadi apabila kerajaan membuka semula siasatan isu ini, beliau perlu mengambil tanggungjawab sepenuhnya memandangkan kuasa untuk membuat keputusan terletak di tangannya. Jangan meletakkan kesilapan dan kesalahannya di bahu pihak lain apabila pihak kerajaan menjalankan siasatan terhadap perkara tersebut,” ujarnya.

Bekas Perdana Menteri itu baru-baru ini membuat kenyataan dengan meletakkan kesalahan kepada bekas Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM) Jaafar Hussein dan bekas penolongnya Nor Mohamed Yakcop berhubung skandal forex tersebut.

Dalam perkembangsan yang sama, pasukan khas siasatan kerugian forex yang diketuai oleh Pengerusi Pentronas, Mohd Sidek Hassan telah memanggil beberapa individu termasuk Datuk Seri Anwar Ibrahim dan juga bekas penolong gabenor Bank Negara, Abdul Murad Khalid yang mana turut mendedahkan negara telah kehilangan sebanyak AS10 bilion ekoran pelaburan tersebut dalam siasatan tersebut.-MediaUMNO

Ikon 1Malaysia Negaraku Telah Dilancar Oleh Najib





Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini melancarkan ikon 1Malaysia Negaraku yang menggabungkan inisiatif 1Malaysia dan Negaraku Malaysia dalam satu lambang.

Najib berkata, inisiatif 1Malaysia yang dilancarkan sejak 27 Jun 2009 telah sebati dengan rakyat Malaysia manakala inisiatif Negaraku Malaysia yang dilancarkan baru-baru ini mendapat sambutan hangat daripada rakyat terutamanya bila dilaungkan.

“Jadi, untuk mengelak kekeliruan kalangan rakyat, maka kita bersetuju untuk menggabungkan kedua-duanya dalam satu simbol dan satu ikon negara supaya kita tidak ketepikan 1Malaysia dan kita juga tidak memberi tumpuan kepada Negaraku Malaysia se­olah-olah 1Malaysia tidak wujud lagi atau ada konsep baharu.

“Maka, dengan ini, Negaraku Malaysia akan terus kita perjuangkan laungannya dan sebagainya dan di samping itu kita putuskan bahawa inilah gambaran ikon baharu untuk negara kita iaitu ikon 1Malaysia Negaraku,” katanya ketika melancarkan ikon berkenaan di Bangunan Perdana Putra, di sini hari ini.

Yang turut hadir Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi; Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Dr. Salleh Said Keruak; Menteri-menteri Kabinet, Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dr. Ali Hamsa serta Pengasas dan Presiden Universiti Limkokwing, Tan Sri Dr. Lim Kok Wing.

Menurut Perdana Menteri, inisiatif 1Malaysia tidak wajar diketepikan kerana merupakan falsafah yang membawa pengertian mendalam kepada rakyat Malaysia dalam melambangkan hasrat untuk mencapai perpaduan nasional melalui semangat kebersamaaan, kebersatuan, kerjasama dan saling hormat-menghormati.

“Kita merentasi pelbagai cabaran dan pelbagai rintang­an tetapi berbekalkan konsep semangat prinsip dan nilai asas yang ada kaitan dengan konsep 1Malaysia, maka kita boleh melihat bahawa negara kita mampu bergerak setapak demi setapak ke arah matlamat yang diidamkan.

“Satu lagi yang kita telah lakukan berlainan dengan masa-masa dahulu adalah konsep 1Malaysia ini dikaitkan dengan banyak program dan produk yang mengambil nama 1Malaysia seperti Klinik 1Malaysia, Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M), Skim Latihan 1Malaysia (SL1M) dan Perumahan Penjawat Awam 1Malaysia (PPA1M),” katanya.

Mengulas lanjut, kata Najib, beliau yakin ikon 1Malaysia Negaraku akan diterima sepenuhnya oleh rakyat bersesuaian dengan sambutan kemerdekaan negara yang diraikan secara besar-besaran pada 31 Ogos ini.

“Saya mengucapkan terima kasih kepada Kementerian Komu­­nikasi dan Multimedia atas kerjasama menghasilkan ikon ini dan Tan Sri Dr. Lim Kok Wing serta Universiti Limkokwing atas sumbangan untuk kita mengadakan ikon baharu,” katanya.

Kantoi Seludup Dadah RM51.3 Juta





DUA dalang sindiket penyeludupan dadah antarabangsa warga Malaysia ditahan polis Thailand di Songkla, Thailand ketika hendak menyeludup syabu seberat 200 kilogram bernilai 400 juta baht (RM51.3 juta) ke negara ini, kelmarin.


Kedua-dua rakyat Malaysia masing-masing berusia 35 dan 49 tahun itu ditahan selepas pihak berkuasa Thailand menerima maklumat mengenai percubaan menyeludup dadah ke negara jiran.


Menurut Timbalan Ketua Bahagian Pencegahan Jenayah (CSD), Jeerapop Puridetch, polis menemui tujuh guni mengandungi syabu dalam satu daripada kereta yang dipandu oleh suspek ketika dia mahu memindahkan dadah itu ke kereta lain milik rakannya.


"Kedua-dua kereta berwarna putih dan hitam milik suspek itu didaftarkan di Kuala Lumpur dan Pulau Pinang.


"Pihak berkuasa melancarkan operasi bagi memberkas kedua-dua rakyat Malaysia itu selepas menerima maklumat bahawa suspek menyewa pangsapuri di Sadao dan merancang untuk menyeludup dadah ke Malaysia," katanya dalam sidang media di Bangkok, Thailand, semalam.