Takut bila baca kisah datuk bersekongkol merogol cucu sendiri, ayah sesuka hati melayan anak bagaikan isteri. Ya, sumbang mahram itu pelakunya memang dekat dengan mangsa. Mereka yang sepatutnya melindungi, menjadi pemusnah masa depan darah daging sendiri. Baca perkongsian Dato’ Dr. Suriyakhatun Osman tentang kes sumbang mahram yang pernah dikendalikan 30 tahun dulu. Moga pembaca akan lebih berhati-hati mengawasi anak perempuan kita.
Baru-baru ini kita dikejutkan dengan kes-kes rogol yang dilakukan oleh ahli keluarga sendiri , ie sumbang mahram. Memang tidak akan terfikir seorang ayah abang atau datuk boleh perlakukan sedemikian terhadap ahli keluarga sendiri. Yang lebih menyedihkan pemangsa selalunya beragama Islam.
Saya sendiri telah berhadapan dengan kes begini semasa bertugas di Klinik Taqwa dalam 30 tahun yang lepas. Pada masa itu sepasang suami-isteri membawa anak yang berumur duabelas tahun sebab perut anaknya membesar tanpa sebab. Bila saya scan, saya dapati ada janin yang sudah cukup bulan dalam rahim anaknya. Saya bertanya pada anak ini, siapa yang lakukan dan dia tidak faham soalan saya sebab dia tidak tahu tentang seks. Maka saya bertanya dengan cara khusus,” siapa yang memasukkan anu dia ke dalam faraj kamu?” dan dia menjawab atuknya.
Saya paling dan bertanya kepada ibunya bagaimana ini boleh terjadi maka ibunya dengan berlinang air mata berkata, dia memang tidur se katil dengan datuknya.
Saya ni memang garang masa muda dan saya marah ibunya.
“Kamu tidak tahu hukum Islam?”
“Tidak boleh orang dewasa lelaki tidur sekatil dengan anak perempuan apatah lagi bawah satu selimut. Malahan adik beradik lelaki perempuan pun tidak boleh tidur ke katil bawah satu selimut. Anak perempuan sama perempuan pun tidak boleh tidur satu selimut. Ini langkah pencegahan yang sepatutnya dilakukan semua keluarga Muslim.”
“Anak perempuan juga bila sudah mumayiz tidak boleh mandi bogel dengan orang lain malah tidak boleh pakai pakaian yang menampakkan tubuh badan secara seksi. Ini semua langkah mencegah.”
Langkah-langkah Ini Tidaklah Bererti Kita Patut Maafkan Pemangsa
Pemangsa tetap salah dan melakukan kesalahan besar dari segi hukum Islam mahupun undang-undang sivil.
Kes tersebut menjadi sebuah tragedi besar untuk keluarga berkenaan. Atuknya dibawa polis dan disumbat kedalam penjara, anak yang mengandung dihantar ke sekolah budak nakal walaupun bukan salah dia. Keluarga adik beradik suami bermusuh dengan mereka sekeluarga sebab menyebabkan ayah mereka merengkok dalam penjara.
Selepas kejadian ini, saya telah utarakan kepada Wanita JIM sebagai AJK Wanita JIM Pusat untuk mengadakan program “sex education” dari peringkat kanak-kanak tadika sehingga remaja dengan adanya silabus bagi setiap peringkat. Program ini telah berjalan dan saya percaya masih berjalan malahan ada organisasi lain juga menjalankannya. Pada peringkat tadika, anak-anak diajar untuk tidak membenarkan orang dewasa memegang badan mereka terutama di alat kelamin.
Awas!
Setahu saya ada orang lelaki mempunyai nafsu seks yang tidak terkawal dan ini mungkin penyakit mental. Bila tidak dapat puaskan dengan cara halal, cara tak halal pun akan dilakukan.
Cegah sebelum berlaku. Bila berlaku ia sebuah tragedi besar.
Mungkin juga banyak kes-kes begini tidak dilaporkan oleh ahli keluarga sebab pemangsa ‘breadwinner” keluarga dan ahli keluarga takut akan hilang tempat pergantungan.
Anak-anak yang menjadi mangsa nafsu seks rakus ini akan menjadi dewasa yang penuh trauma.
Jagalah keluarga kita. Cegah sebelum berlaku. Ambil langkah-langkah menjaga pergaulan keluarga.
Bagi lelaki pula, jika ada nafsu seks yang tidak boleh dikawal, pergilah berubat.
Tambahan: Berubatlah dengan berjumpa Pakar Psikiatri di hospital atau rawatan kaedah homeopathy
Sumber/Foto: Dr. Suriyakhatun via Mingguanwanita
No comments:
Post a Comment
Tidak menerima sebarang komen yang menghina dan maki caci