728x90 AdSpace

  • Latest News

    Tuesday, 15 August 2017

    5 Perkara Tentang Orang Kidal Yang Ramai Tak Tahu





    Baru-baru ini merupakan sambutan Hari Kidal Sedunia yang disambut setiap 13 Ogos.


    Mereka yang kidal ini adalah golongan yang jarang dijumpai. Bilangan mereka hanya 10 peratus daripada populasi biasa.


    Walaupun mereka perlu belajar menggunakan pelbagai benda yang dicipta untuk orang tangan kanan, sebenarnya itu juga satu kelebihan buat mereka. Tetapi ada juga beberapa kekurangan.



    1. KELEBIHAN DALAM SUKAN
    Mereka menguasai dalam sukan tenis, boxing, dan membaling bola dalam besbol. Mereka boleh berlatih dengan orang tangan kanan dan menyesuaikan dengan cepat.


    2. PERKARA BIASA JIKA KEMBAR
    Mereka yang kembar adalah dua kali lebih berpotensi untuk menjadi kidal. Jika ibu bapa kidal, 50 peratus anak juga seorang kidal. Jika mereka orang tangan kanan, hanya 2 peratus anak akan kidal.


    3. DIKAITKAN DENGAN RISIKO LEBIH TINGGI UNTUK KANSER PAYUDARA
    Mereka lebih terdedah kepada oestrogens yang boleh meningkatkan lagi risiko kanser payudara. Kajian juga mendapati mereka lebih berisiko daripada orang tangan kanan, terutama selepas menopaus.


    4. BERISIKO KEPADA MASALAH KESIHATAN MENTAL
    Kajian mengatakan 40 peratus mereka yang mengalami skizofrenia adalah kidal. Terdapat juga kajian berkenaan orang kidal dengan dyslexia, dan gangguan mood.


    5. MEMPUNYAI MASALAH TIDUR
    Mengikut kajian, orang kidal mengalami gangguan pergerakan anggota badan ketika tidur sebanyak 94 peratus, berbanding orang tangan kanan sebanyak 69 peratus.




    "Hidup tak selalunya indah tapi yang indah itu tetap hidup dalam kenangan"
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 Comments:

    Post a Comment

    Tidak menerima sebarang komen yang menghina dan maki caci

    Item Reviewed: 5 Perkara Tentang Orang Kidal Yang Ramai Tak Tahu Rating: 5 Reviewed By: Editor
    Scroll to Top