Anak dua keluarga perniagaan besar dan terkenal, yang selama ini diketahui dilamun cinta, bakal melangsungkan perkahwinan.
Anak pemilik syarikat kumpulan Naza dan kekasihnya, anak Tan Sri Vincent Tan, mengumumkan pertunangan mereka di Instagram malam tadi.
SM Faliq Tan Sri SM Nasimuddin, 32, melamar Chryseis Tan, 29, di Marrakesh, Maghribi pada Jumaat, berdasarkan coretan “30.6.2017” di foto.
Foto ahli perniagaan muda itu menghulur cincin kepada kekasihnya sambil melutut dengan latar bunga bertulisan “Will you marry me?” dimuatkan oleh Tan.
Mengenali Tan sejak di bangku sekolah, Faliq kini timbalan pengerusi eksekutif dan pengarah urusan kumpulan Naza TTDI Sdn Bhd.
Sementara Tan pula ketua pegawai eksekutif Berjaya Times Square dan pengarah eksekutif Berjaya Assets Berhad.
"Hidup tak selalunya indah tapi yang indah itu tetap hidup dalam kenangan"
0 Comments:
Post a Comment
Tidak menerima sebarang komen yang menghina dan maki caci