Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak melalui status Facebook hari ini sempat bergurau dengan menyindir Langkah Kajang yang pernah digerakkan oleh pembangkang sebelum ini.
Melalui sekeping gambar berkaitan projek Transit Aliran Massa (MRT) laluan Kajang, Najib berkata, kemudahan pengangkutan awam berkenaan merupakan Langkah Kajang yang sebenar.
“Langkah Kajang yang sebenar. Akan menemui anda dalam tempoh tujuh hari lagi,” katanya di laman Facebook hari ini.
Fasa dua perkhidmatan MRT laluan Semantan-Kajang akan dilancarkan pada 17 Julai ini.
© Utusan Melayu (M) Bhd
"Hidup tak selalunya indah tapi yang indah itu tetap hidup dalam kenangan"
0 Comments:
Post a Comment
Tidak menerima sebarang komen yang menghina dan maki caci