728x90 AdSpace

  • Latest News

    Friday, 14 July 2017

    Malaysiakini Manipulasi Tindakan Najib Tinjau MRT, Undang Kekecewaan Netizen

    NAJIB RAZAK dan isteri, Rosmah Mansor merasai sendiri pengalaman menaiki pengangkutan awam bagi menguji keberkesanan fasa kedua sistem Transit Aliran Massa (MRT) bermula dari Stesen MRT Pusat Bandar Damansara (PBD) ke stesen MRT Merdeka, stesen MRT Muzium Negara dan KL Sentral, semalam. Beliau kemudiannya menaiki bas yang disediakan MRT untuk kembali ke Pusat Bandar Damansara.Rangkaian MRT akan dibuka sepenuhnya dari Sungai Buloh ke Rawang pada 17 Julai ini. Sebelum ini kemudahan itu hanya disediakan untuk menghubungkan stesen Sungai Buloh dan Semantan. – BERNAMA




    Orang ramai melahirkan rasa kecewa dengan laporan portal berita pembangkang Malaysiakini yang sengaja memutar belit program Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, semata-mata untuk menjejaskan imej pemimpin negara berkenaan.



    Mereka melahirkan rasa kecewa melalui media sosial bahkan mendakwa apa yang dilaporkan adalah tidak benar sama sekali kerana mereka berada di lokasi semasa lawatan Perdana Menteri berlangsung.



    Tambah mereka laporan bahawa para penumpang `dipaksa’ berpindah ke tempat duduk belakang untuk memberi laluan kepada rombongan Perdana Menteri adalah tidak benar.



    William Cheah yang turut menyertai Perdana Menteri ketika sesi meninjau dan mencuba fasa kedua Laluan Sungai Buloh-Kajang (Laluan SBK) semalam mempersoalkan bagaimana insiden itu boleh berlaku sedangkan program itu telah disusun dengan rapi tanpa sebarang masalah.



    Tambah beliau, sejak dari dalam bas lagi sudah menampakkan kelancaran program yang diatur dengan setiap kerusi telah ditanda nama setiap peserta program berkenaan.



    “Kami di belakang tetapi tidak mengapa, satu pemandangan yang jelas tentang perjalanan program, selesa. Tiada seorang pun daripada kami dihalau keluar daripada bas. Najib dan isteri, Datin Seri Romah Mansor ‘tuan rumah’ yang baik hati.



    “Apabila saya hampir terjatuh ketika hendak ke kerusi, Najib terus membantu memegang saya dan bertanya jika saya okey. Beliau bergaul mesra dengan semua orang dan turut memainkan lagu Ed Sheeran menerusi aplikasi Spotify bagi menghiburkan kami,” katanya menerusi akaun Facebooknya.



    “Secara serius saya tidak mempedulikan hal-hal politik. Saya ada banyak perkara penting untuk diberikan masa dan tumpuan. Kepada sesiapa yang menulis perkara ini (dakwaan), amat memalukan. Sesiapa yang membenarkan hal ini berlaku, anda juga patut malu,” tegasnya.



    Kuan Chee Heng pula menjelaskan laporan Malaysiakini sebagai satu pembohongan.



    “Malaysiakini. Maaf. Saya ada di dalam bas dan dijemput untuk melihat MRT yang baharu.



    “Kamu salah. Dalam artikel kamu, PM dan isterinya telah memaksa lain penumpang untuk duduk ke belakang kerusi bas adalah palsu. Bas ini adalah khas membawa PM dan isteri beliau dan anak beliau serta lain lain media.



    “ Jadi soal PM memaksa penumpang kebelakang adalah satu pembohongan atau mungkin Malaysiakini kena kelentong atau `chong’ oleh orang ramai. Laporkanlah berita yang benar Malaysiakini,” katanya.



    Gerry Menon pula mahu rakyat negara ini berfikiran matang dan sentiasa berhati-hati dengan niat jahat satu-satu laporan oleh mana-mana media dan di dalam kes berkenaan membabitkan Malaysiakini.



    Katanya, media boleh melaporkan 99 fakta untuk memburukkan imej satu individu, tetapi apabila mereka melaporkan berita yang salah walaupun hanya satu, ia memusnahkan kredibiliti mereka dan akan dilabel sebagai media yang melaporkan laporan tidak tepat dan lebih buruk dilabel sebagai penipu. – UTUSAN ONLINE

    "Hidup tak selalunya indah tapi yang indah itu tetap hidup dalam kenangan"
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 Comments:

    Post a Comment

    Tidak menerima sebarang komen yang menghina dan maki caci

    Item Reviewed: Malaysiakini Manipulasi Tindakan Najib Tinjau MRT, Undang Kekecewaan Netizen Rating: 5 Reviewed By: Editor
    Scroll to Top