Tanggungjawab seorang isteri dalam rumahtangga adalah besar, jadi tidak hairan lah jika isteri anda sentiasa dalam keadaan penat dan stress.
Tambahan pula anak ramain dan semuanya masih kecil. Anda mahu tahu kenapa?
Wanita dinilai dengan cara yang berbeza berbanding lelaki
Bukan senang nak puskan hati semua orang, ada saja yang tidak kena. Contohnya jika anak keluar rumah dengan pakaian yang tidak sesuai bersama si ayah, orang akan melihat dan berfikir, “Wah, bagus ayah dia, sanggup luangkan masa layan anak.” Tapi jika anak berjalan dengan si ibu dengan penampilan begitu, pandangan orang akan berbeza terutama wanita lain. Mereka berfikir, “Ibu apa macam ni, pilih baju anak pun tak pandai. Jadi isteri mahu anak dalam keadaan elok sentiasa supaya pandangan orang lain terhadap dirinya juga elok.
Tertekan dengan penilaian orang lain
Wanita akan rasa tertekan apabila penampilan suami di tempat kerja dan anak di sekolah. Sekiranya tidak kemas dan tidak elok, orang akan menyangka mereka tidak menjaga minum pakaian suami dan anak-anak. Mula la ada yang berbisik sana sini mengutuk, tapi mereka tidak tahu bagaimana stress nya menguruskan semua benda.
Suara hati isteri lebih tajam
Suami yang tidak menepati masa adalah salah satu masalah dan akan membuatkan isteri menjadi stress.Ini salah satu penyebab stres kerana isteri faham akan pandangan ahli keluarga mertua sekiranya anda lambat sampai. Disebabkan itu kadang-kadang isteri marah kalau terlambat atau tidak menepati masa.
Selalu tak cukup tidur
Isteri perlu tidur yang cukup kerana mereka penat menguruskan rumah tangga. Kalau boleh suami tolong-tolonglah juga terutama apabila anak anda menangis ditengah malam.
Melaksanakan kerja rumah sangat penting
Isteri akan pastikan keadaan rumah kemas. Apa juga keadaan, mereka akan pastikan rumah tidak berselerak. Ini dikira seperti markah buat isteri yang mana mereka dinilai dalam menguruskan rumah tangga.
Suami tidak memahami
Sudah kebiasaan apabila pulang dari tempat kerja, balik saja anda akan meminta-minta. Penat katanya, tetapi anda tidak sedar yang isteri anda juga penat melakukan kerja rumah seharian. Cuba anda lakukan sendiri, dengan cara itu anda dapat meringankan beban isteri.
Isteri memiliki darah jenis A
Wanita dalam golongan darah jenis A biasanya teratur dan sangat terperinci. Jadi dia tidak suka melihat rumah bersepah. Jadi apabila pulang dari kerja, jangan sesekali sepahkan rumah. Penah seharian dia berkemas dan akhirnya anda sepahkan balik. Stress!!
Sumber : SinarFm
"Hidup tak selalunya indah tapi yang indah itu tetap hidup dalam kenangan"
0 Comments:
Post a Comment
Tidak menerima sebarang komen yang menghina dan maki caci