Tahukah anda sperma lelaki boleh mengubati penyakit seperti kanser? Bukan mahu melucah tapi sekadar berkongsi informasi sains, ini sebabnya “kanser” adalah satu penyakit yang paling ditakuti dan digeruni ramai orang.
Sperma lelaki selama memiliki imej yang negatif dan tabu di mata masyarakat kita di Malaysia. Inilah persepsi orang kebanyakkan pada umumnya. Biasanya, ketika melakukan masturbasi lelaki selalu membiarkan spermanya terbuang begitu sahaja.
Sekumpulan pengkaji dari Jerman telah membuat kajian terperinci bagaimana agar sperma boleh mengangkut ubat dan menghantarkannya ke bahagian vital dalam tubuh kita. Jika kajian ini berhasil, besar kemungkinan akan ditemui cara untuk merawat penyakit kanser.
Berdasarkan hasil data statistik yang dilakukan pada 100 orang wanita di Taiwan. Ada 4 orang yang didatakan menderita penyakit kanser. Hampir setengah dari jumlah wanita itu menderita penyakit kanser serviks, kanser ovarium, kanser endometrium dan sebagainya. Walaupun tahap awal penyembuhan kanser boleh dilakukan dengan cara pembedahan tapi sangat berisiko.
Tetapi dengan teknologi baru yang ditemui oleh pengkaji dari Jerman ini memungkinkan malah menjadi kunci penting dalam mengatasi penyakit kanser.
Dalam proses pergerakan ubat-ubatan yang masuk ke dalam tubuh kita, ubat tersebut dapat tercampur atau terserap oleh cairan lain yang ada di dalam tubuh. Kemungkinan untuk sampai ke tempat tujuan (sel kanker) sangat kecil, jika berhasil juga tidak pasti dapat masuk dan mendekati dinding sel-sel kanser tersebut.
Sekarang, masalah ini dapat diatasi dengan menggunakan sperma dari golongan lelaki. Sperma boleh digunakan untuk mengangkut ubat dan juga mampu menembus dinding sel kanser. Prosesnya ditunjukkan dalam gambar di bawah ini.
Pertama, sperma direndam ke dalam ubatan. Kemudian dipasangkan alat navigasi (seperti GPS) pada sel sperma tersebut. Ketika sudah bertemu dengan sel kanser, sperma akan merobos dan menghancurkan dinding sel-sel kanser tersebut, dan terakhir sperma akan mengeluarkan ubat yang diangkutnya ke dalam sel kanser.
Para pengkaji Jerman telah berjaya menggunakan sperma dari haiwan dari kelamin jantan yang sperma memiliki ukuran yang hampir sama dengan sperma manusia untuk dijadikan bahan percubaan. Cara kerja pengubatan khusus ini adalah sel sperma itu direndam ke dalam ubat untuk proses penyerapan, kemudian sperma yang sudah mengangkut ubat tersebut dituntun dengan tarikan magnet sampai memasuki kawasan tumor kanser berada. Teknik ini dipakai untuk wanita penderita kanser ginekologi.
Cara ini tidak akan mempengaruhi respon dari sistem kekebalan tubuh, tidak juga membuat orang rasa tidak selesa atau rasa kesan sampingan dari kanser. Hasil dari kajian ini membuatkan ramai orang rasa terkejut, para pengkaji juga sedang menanti agar mereka diperbolehkan untuk menggunakan sperma dari manusia untuk melakukan eksperimen.
Tetapi masih ada yang ragu akan potensi yang menurut logik apa sahaja mungkin saja terjadi. Contohnya, “Bagaimana jika wanita penderita kanser itu hamil?”. Bagaimanapun, masalah ini para pengkaji masih belum boleh memberikan jawapan yang spesifik, mereka hanya mengatakan kaedah baru ini memiliki potensi yang besar, dan menantikan waktu untuk mereka boleh bereksperimen dan mempraktikkan kaedah ini pada manusia.
Bagaimana menurut anda? Adakah ini waktu yang ditunggu-tunggu kita selama ini (cara mengubati kanser ditemui)? Hebat ya pengkaji dari Jerman ini, Malaysia bila lagi?
Sumber: MIT Technology Review
"Hidup tak selalunya indah tapi yang indah itu tetap hidup dalam kenangan"
0 Comments:
Post a Comment
Tidak menerima sebarang komen yang menghina dan maki caci