Sememangnya lelaki yang romantik adalah antara ciri-ciri lelaki idaman semua wanita. Pastinya hidup akan sentiasa ceria dan bahagia.
Bukan semua orang yang berpeluang memiliki suami yang manja dan romantik, ini kerana lelaki memiliki ego yang tinggi dan susah untuk menunjukkan sifat manjanya. Bertuah lah wanita yang berpeluang merasa kasih sayang suami yang tidak segan menunjukkannya dihadapan semua orang.
I love you
Suami yang romantik dan manja tidak segan untuk meluahkan isi hatinya kepada isterinya, samaada ketika hanya berdua ataupun dihadapan rakan-rakannya. Pasti hati terasa jatuh cinta apabila setiap kali mendengarnya
Bunga
Lelaki romantik selalunya akan menghadiahkan sekuntum bunga beserta kad yang didalamnya tertulis ayat-ayat romantis. Jika dahulunya sebelum berkahwin sering menghadiahkan isteri bunga, tiada salahnya jika ianya diamalkan setelah berumahtangga, pastinya isteri merasa sangat gembira. Sungguh terharu kan?
Bertanya khabar
Sering bertanya khabar dan sangat mengambil berat akan pasangannya antara salah satu perbuatan yang dianggap romatik, ini kerana isteri selalunya akan terasa dihargai apabila suaminya sering bertanyakan khabarnya. Itu menandakan suami mengambil berat akan dirinya.
Ingat tarikh penting
Kebanyakkan suami tidak peka akan tarikh-tarikh penting, contohnya tarikh perkahwinan. Suami yang baik akan lebih peka pada tarikh-tarikh yang dianggap penting oleh isteri, ini beerti isteri adalah insan penting dalam hidup anda, andai anda terlupa pasti saja isteri akan terasa hati dan merajuk.
Peluk dan cium
Sebelum turun kerja, suami yang romantik akan memeluk dan mencium dahi isteri. Seawal pagi turun kerja dengan perasaan yang ceria dan bahagia, mampu membuatkan kerja di pejabat menjadi senang dan lancar.
Bahagiakan isteri anda, dan anda akan merasa bahagianya hidup berumahtangga serta di bukakan seluasnya pintu rezeki. Isteri anda bahagia, anda juga akan bahagia. Seandainya isteri anda berduka, anda juga akan mendapat duka. Hargai isteri dan hormatilah dia seperti anda menghormati ibu anda. Mereka adalah insan istimewa yang dihadiahkan kepada anda untuk membina kebahagiaan, bukan untuk di aniaya. Jadilah suami yang jujur, ikhlas dan romantik agar rumah tangga sentiasa aman dan harmoni.
(N.H)
"Hidup tak selalunya indah tapi yang indah itu tetap hidup dalam kenangan"
0 Comments:
Post a Comment
Tidak menerima sebarang komen yang menghina dan maki caci