Pasti ramai yang amat menyukai buah tembikai yang sering menjadi pilihan sesiapa sahaja ketika panas terik untuk menghilangkan dahaga, malah ada juga menggunakan tembikai sebagai pencuci mulut dengan penuh nikmat yang tidak dapat digambarkan kesedapannya.
Buah tembikai sememangnya amat dikenali dengan kandungan airnya yang amat tinggi dan juga amat kaya dengan vitamin serta mineral yang sangat berguna dan bermanfaat untuk tubuh badan manusia.
Tetapi, tahukah anda tentang kegunaannya biji buah tembikai? Biasanya setiap orang setelah memakan buah ini mereka selalunya akan membuang bijinya tanpa menyimpannya malah ada juga yang cuba menyemai untuk ditanam semula.
Adalah menjadi satu kerugian apabila setelah memakan buah tembikai ini dan bijinya dibuang begitu sahaja. Sedarkah anda yang bijinya juga amat berguna untuk manusia?
Menurut maklumat daripada laman boldsky.com, setiap biji buah tembikai dikatakan amat bermanfaat serta dikatakan boleh menyembuhkan beberapa penyakit seperti sakit batu karang dan juga penyakit memberhaya iaitu penyakit jantung dan beberapa penyakit lain.
Khasiat Biji Tembikai
Cara untuk menyediakan biji tembikai untuk dibuat ubat seperti yang dinyatakan di atas teramatlah mudah dan senang. Ambil beberapa biji tembikai kemudiannya rebus dengan sedikit air. Air rebusan dari biji tembikai itulah yang dikatakan sangat bermanfaat untuk beberapa penyakit seperti yang berikut;
Meningkatkan Kesihatan Jantung
Kandungan magnesium yang terdapat di dalam biji tembikai sangat bermanfaat untuk kesihatan jantung manusia.
Mencantikkan Dan Menjaga Kulit
Biji tembikai mempunyai kadar zat antioksida yang amat tinggi, jadi rebusan air biji tembikai ini akan merawat kulit daripada dalaman yang akan menjadikannya lebih licin serta halus dan gebu.
Mengawal Diabetes
Air rebusan ini boleh menurunkan kadar gula di dalam darah dengan baik. Anda perlu mengamalkan selama tiga hari secara berturut-turut tanpa henti untuk melihat kesannya serta rasai perbezaannya.
Memperkuatkan Ketahanan Rambut
Khas untuk wanita sekiranya mengamalkan air rebusan biji buah ini, ia dapat membantu serta mengelakkan daripada keguguran rambut malah ia dikatakan mampu mengubati kulit kepala yang sering gatal seperti kelemumur.
Meningkatkan Kekebalan Tubuh Badan
Biji tembikai amat kaya dengan vitamin serta nutrisi, ianya sangat baik untuk kebaikan tubuh badan manusia.
Mungkin ramai yang tidak menyangka kebaikan biji tembikai dan sebelum ini biasanya kita sering membuangnya begitu sahaja tanpa memikirkan kelebihan yang terdapat pada biji tembikai itu.
Selepas ini, anda boleh mengamalkan tips ini untuk kebaikan dan kesihatan anda sekeluarga serta untuk kehidupan yang lebih baik di masa akan datang. Amalkanlah sesuatu yang amat bermanfaat itu demi kesihatan yang lebih sempurna. - Koleksi Viral
"Hidup tak selalunya indah tapi yang indah itu tetap hidup dalam kenangan"
0 Comments:
Post a Comment
Tidak menerima sebarang komen yang menghina dan maki caci