Monday, 1 May 2017

Kahwin Dengan Mat Salleh Mesti Sebab Mahu Batang Besar





By Hadhinah Felice


Saya nak khabarkan sikit.

Bila kamu semua dengar atau baca cerita perempuan Melayu kahwin dengan mat saleh, tolonglah berhenti cakap kami kahwin dengan mat saleh semata-mata nak batang besar sebab batang mat saleh sedap katanya. Ini bodoh, sangat bodoh dan celupar tahu tak? Ingat kahwin ini semata-mata untuk seks saja? ? Mungkin kamu yang fikir begitu, bukan kami.

Tolonglah jangan tanya “dah takda lelaki Melayu lagi ke?” sebab kami bukan sengaja cari mat saleh atau sengaja tak nak kahwin dengan lelaki Melayu. Ini semua kan jodoh. Semua kerja Tuhan. Kenapa susah sangat nak faham?

Tolong jangan doakan kami cepat bercerai, atau kata “ah tak lama lagi bercerai lah tu, kau tengok je!”, atau cuba takutkan kami dengan kata kami berdosa sebab tak tahu jaga dan didik suami mat saleh kami. Siapa kita nak kata orang lain berdosa apa lagi nerakakan orang lain?

Tolong jangan kata kami gila sangat nak anak-anak “mix” sebab katanya anak-anak “mix” ini takda keistimewaan. Tolong jangan kata lagi baik kahwin dengan lelaki Melayu sebab ada agama dan bangsa. Apa suami kami takda agama dan bangsa?

Tolonglah berhenti kutuk kami perempuan Melayu yang kahwin dengan mat saleh ini. Mat saleh pun manusia macam lelaki Melayu, macam kita. Jangan sampai satu hari nanti salah seorang ahli keluarga kamu kahwin dengan mat saleh baru kamu tahu seksa dengar mulut orang lain kutuk tak henti-henti.

Ya, memang ramai perempuan Melayu kahwin dengan bangsa asing tapi perempuan Melayu yang kahwin dengan mat saleh/orang kulit hitam paling teruk kena kecam. Memang bukan saya seorang saja yang kahwin dengan mat saleh. Memang bukan saya seorang saja yang dikecam begini. Bayangkan kamu di tempat kami. Daripada kutuk atau doakan supaya rumahtangga kami goyang, apa kata doakan kebahagiaan kami dan bersenang hati lihat kami yang tak berkahwin dengan bangsa Melayu? Tak susah kan?

Saya tulis ini bukan sebab saya hilang sabar. Saya tulis bukan sebab saya hilang positif. Saya tulis hanya untuk sampaikan pesanan buat yang tak faham kat luar sana tentang kami yang kahwin mat/minah saleh, warga asing, mahupun yang kahwin dengan warga Malaysia lain bangsa. Saya tulis sebab saya nak kamu semua lapangkan dada. Jadi sila baca. Kami di sini baik-baik saja. Kamu di sana tak perlu panas punggung.

No comments:

Post a Comment

Tidak menerima sebarang komen yang menghina dan maki caci