Bayern Munich sedia untuk berbelanja 55 juta pound (RM309.73 juta) bagi mendapatkan khidmat bintang Arsenal, Alexis Sanchez.
Bintang penyerang Chile itu akan tamat kontrak pada penghujung musim hadapan dan ia meletakkan meletakkan Arsenal dalam keadaan yang cukup sukar.
Kelab London itu mahu Sanchez mempersetujui terma-terma baharu untuk kelal di Emirates, namun pemain tersebut belum bersetuju untuk memperbaharui kontraknya.
Pengurus Arsenal, Arsene Wenger sebelum ini menyuarakan hasrat untuk mengekalkan khidmat bekas pemain Barcelona itu, namun tawaran 55 juta pound (RM309.73 juta) mungkin sukar untuk ditolak.
Akhbar The Telegraph melaporkan bahawa Bayern Munich bersedia untuk menyediakan bayaran lumayan untuk pemain itu ekoran persaingan sengit bagi mendapatkan Sanchez.
Paris Saint-Germain (PSG), Manchester City, Chelsea dan Juventus dikhabarkan turut berminat untuk mendapatkan pemain berusia 28 tahun itu pada musim panas ini.
Bagaimanapun, Bayern mahu segala urusan melibatkan Sanchez diselesaikan segera dengan juara Jerman itu tidak mahu ketinggalan dalam segala rundingan.- AGENSI
"Hidup tak selalunya indah tapi yang indah itu tetap hidup dalam kenangan"
0 Comments:
Post a Comment
Tidak menerima sebarang komen yang menghina dan maki caci