728x90 AdSpace

  • Latest News

    Monday 17 April 2017

    Mengeluh Di Media Sosial Boleh Merosakkan Prestasi Kerjaya - Kajian




    Sekarang ni bukan senang nak dapat kerja. So, jika anda dikalangan yang bertuah dan mudah dapat kerja, hargai sebaik mungkin.

    Kadang kala tabiat yang anda anggap biasa itu sebenarnya sangat luar biasa dan boleh merosakkan hidup.

    Kajian menunjukkan, 80 peratus pekerja suka mengadi tentang pekerjaan mereka di media sosial.

    Mungkin niat untuk meluahkan rasa tidak puas hati tentang seseorang di pejabat, namun seroang pakar kerjaya, Vicki Salemi menyarankan supaya anda elak dari tabiat tersebut jika ingin meningkatkan tahap kerjaya anda.

    Tambahnya lagi, tindakan anda yang suka meluahkan sesuatu di media sosial boleh beri kesan buruk terutama untuk mendapatkan pekerjaan impian atau kenaikan gaji.

    Ini antara beberapa tips untuk menjaga imej anda di media sosial:


    Jangan pernah mengadu tentang pekerjaan anda

    Apabila rakan sepejabat memuat naik status atau perkara yang tidak anda sukai, jangan cuba-cuba untuk berikan komen pedas. Ini kerana apa yang anda tonjolkan di media sosial adalah tentang diri anda yang sebenar.


    Elakkan kesalahan ejaan atau typo

    Anda mungkin bukan seorang penulis profesional, tapi jangan sampai terjadinya kesalahan ejaan dalam status anda di media sosial. Ini kerana ia memberi kesan sama ada anda seorang pekerja yang teliti atau tidak.

    "Hidup tak selalunya indah tapi yang indah itu tetap hidup dalam kenangan"
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 Comments:

    Post a Comment

    Tidak menerima sebarang komen yang menghina dan maki caci

    Item Reviewed: Mengeluh Di Media Sosial Boleh Merosakkan Prestasi Kerjaya - Kajian Rating: 5 Reviewed By: Editor
    Scroll to Top