Ini khas untuk mereka yang sudah berkahwin sahaja. Untuk si suami di luar sana peluklah isteri anda setiap hari.
Menurut Pakar Motivasi, Datuk Dr. Mohd Fadzilah Kamsah, menerusi kajian yang dijalankan oleh pakar dari Jerman mendedahkan, suami yang memeluk isteri setiap pagi akan lebih panjang umurnya sebanyak 5 tahun.
Malah kajian juga membuktikan pelukan setiap pagi mampu membuat sistem reproduktif wanita lebih cergas dan aktif.
Ini antara 5 sebab lain kenapa suami wajib peluk isteri setiap hari!
1. Tubuh badan lebih sihat & bebas dari penyakit
Apabila semua memeluk isterinya, tubuh manusia mengeluarkan hormon endorfin yang baik untuk kesihatan tubuh. Hormon endorfin juga bertindak sebagai penahan sakit dan mengurangkan keresahan.
2. Buatkan tubuh lebih bertenaga & bersemangat
Bagi lelaki memeluk isteri setiap hari adalah perkara yang remeh, namun besar maknanya pada si isteri. Pelukan mampu melancarkan pembuluh darah dan tubuh lebih bersemangat.
3. Buatkan hati lebih tenang
Jika ada masalah, peluk pasangan masing-masing. Ia seperti ubat untuk menyembuhkan hati. Kajian juga menunjukkan pelukan adalah ubat paling mujarab untuk menenangkan hati.
4. Melegakan kesakitan
Pelukan ternyata dapat melumpuh dan meredakan otot-otot tubuh sekaligus tekanan dalam tubuh.
5. Mengeratkan lagi hubungan
Pelukan mengajar pasangan untuk lebih memberi dan menerima serta kesefahaman secara perlahan akan terbentuk. Ia sekaligus menguatkan hati keduanya.
Sumber: Keluarga
"Hidup tak selalunya indah tapi yang indah itu tetap hidup dalam kenangan"
0 Comments:
Post a Comment
Tidak menerima sebarang komen yang menghina dan maki caci