728x90 AdSpace

  • Latest News

    Monday 10 April 2017

    [VIDEO] Selepas Ambil Bunga Dan Coklat, Ratu Cantik Ini Ditembak Mati




    BULACAN – FILIPINA. Seorang ratu cantik negara itu ditembak mati selepas membuka pintu untuk menerima jambangan bunga dan coklat.

    Mary Christine Balagtas, 23, ditembak di bahagian kepala sejurus selepas membuka pintu kepada dua lelaki yang menghantarkan hadiah tersebut.

    Portal antarabangsa, Metro.co.uk melaporkan, kedua suspek lari meninggalkan tempat kejadian sejurus selepas melepaskan tembakan.

    Christine pada mulanya dikejarkan ke hospital untuk menerima rawatan, bagaimanapun meninggal dunia di dalam ambulans sebelum sempat tiba di pusat rawatan.

    Superintendan, Julio Lizardo berkata, pihaknya kini sedang menyiasat kes tersebut bagi mengenal pasti punca sebenar serangan.

    “Buat masa sekarang, kami sedang mendapatkan petunjuk yang ada dalam kes ini. Kami juga menyiasat lelaki yang mempunyai hubungan istimewa dengan mangsa.

    “Kami percaya serangan dilakukan oleh pembunuh upahan. Pihak kami turut menemui kelongsong peluru di tempat kejadian,” katanya lagi.





    "Hidup tak selalunya indah tapi yang indah itu tetap hidup dalam kenangan"
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 Comments:

    Post a Comment

    Tidak menerima sebarang komen yang menghina dan maki caci

    Item Reviewed: [VIDEO] Selepas Ambil Bunga Dan Coklat, Ratu Cantik Ini Ditembak Mati Rating: 5 Reviewed By: Editor
    Scroll to Top