Penternak ayam, Musa Abdul Ghani, 52, dari Kampung Londang, Masjid Tanah, menemui enam biji telur ayam kampung betina dibelanya yang hanya sebesar ibu jari orang dewasa, Sabtu lalu dan semalam.
Katanya, dalam kejadian pertama Sabtu lalu, dia menemui tiga biji telur ayam kampung berkenaan ketika memeriksa reban di belakang rumah yang pada mulanya disangka telur burung puyuh.
"Selepas meneliti warna dan bentuknya ia bukan telur burung puyuh tetapi telur ayam kampung cuma saiznya kecil.
"Saya letakkan semula di dalam kotak dan biarkan ia dieram ayam betina berkenaan. Semalam ketika sekali lagi melakukan pemeriksaan saya mendapati jumlahnya sudah bertambah menjadi enam," katanya.
Musa bercadang untuk membiarkan telur itu dieram ayam betina dibelanya dengan harapan ia akan menetas.
"Hidup tak selalunya indah tapi yang indah itu tetap hidup dalam kenangan"
0 Comments:
Post a Comment
Tidak menerima sebarang komen yang menghina dan maki caci