728x90 AdSpace

  • Latest News

    Wednesday 12 April 2017

    Syukur Anak Sulung Sambung Belajar Hafazan Di Turki - Norman Hakim




    Pelakon Norman Hakim bersyukur apabila anak sulungnya Mohamed Danish Hakim, 14, diberi peluang untuk menyambung pengajian hafazannya di Turki.

    Norman berkongsi berita gembira itu menerusi akaun Instagram (IG) beserta foto surat tawaran anaknya baru-baru ini.

    “Alhamdulillah abg @danishhakim_243 terpilih antara 10 pelajar utk sambung pengajian kat Turki utk settlekan hafazan dia lagi 7 juzuk berdasarkan prestasi semasa.

    “Perasaan saya bercampur-campur sebenarnya. SYUKUR,GEMBIRA,SEDIH,HIBA semua cukup.Ni anak pertama saya, darah daging saya merangkap kawan baik saya dunia akhirat yg boleh saya bawak berbual share mcm2.

    “Saya tanya Danish,dia suka tak terpilih? Dia cakap inilah doa dia siang & malam utk sambung pengajian kat sana.

    “Dulu pernah rasa mcm ni masa mula2 dia nak masuk asrama,skrg ni dia nak pergi jauh kat perantauan orang pulak tu. Saya cubalah cari kekuatan dgn izinNya, dlm masa sama kalau ada kawan2 kat sini yg pernah ada pengalaman mcm ni,mohon bagi saya kata2 semangat & motivasi ye.

    “Saya amat memerlukan #hatiseorangayah #sedihsangatrasatapitakpedemiperjuangananakdanislam #rayanantitaktahulamacamana @memeysuhaiza @abby_abadi112 @jaiezzany,” tulisnya.

    Dalam pada itu, ruangan komen IG Norman juga dipenuhi dengan ucapan tahniah daripada pengikutnya.

    Sementara itu, menerusi perkongsian terbaru, Norman juga memberitahu Danish kini dalam proses menguruskan pasport antarabangsa dan sibuk membuat persiapan untuk ke negara berkenaan pada Mei ini.-AstroGempak

    "Hidup tak selalunya indah tapi yang indah itu tetap hidup dalam kenangan"
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 Comments:

    Post a Comment

    Tidak menerima sebarang komen yang menghina dan maki caci

    Item Reviewed: Syukur Anak Sulung Sambung Belajar Hafazan Di Turki - Norman Hakim Rating: 5 Reviewed By: Editor
    Scroll to Top