728x90 AdSpace

  • Latest News

    Sunday 16 April 2017

    Sudahlah Diheret Keluar Dari Pesawat, Syarikat Penerbangan Hantar Bagasi Ke Salah Alamat



    DOKTOR yang diheret keluar dari pesawat United Airlines sehingga membangkitkan kemarahan di seluruh dunia terus dimalukan apabila syarikat penerbangan itu yang menahan bagasi penumpang berkenaan, kemudian menghantarnya ke alamat yang salah.


    Dr David Dao sebelum ini didakwa enggan memberikan tempat duduk bagi penerbangan 3411 United Express dari Chicago ke Louisville untuk kakitangan syarikat penerbangan itu.


    Kini didedahkan pula syarikat penerbangan itu tidak mengambil masa untuk mengeluarkan bagasi kepada Dr Dao dan isterinya, sebaliknya ia dihantar ke Kentucky.


    "Syarikat penerbangan itu tidak mempunyai ihsan untuk memberikan bagasi kepada Dr Dao walaupun dia diheret keluar dari pesawat, sebelum dibawa ke hospital," kata peguam, Thomas Demetrio kepada Chicago Sun Times.


    "Sebaliknya, syarikat penerbangan itu menerbangkan bagasi mereka ke Louisville, Kentucky. Dan ia bukan diserahkan ke rumah mereka, tetapi dihantar ke pejabat amalan perubatan."


    Demitrio menjelaskan bahawa pasangan berkenaan tidak gembira mengenai perkara tersebut kerana mereka 'sehelai sepinggang' ketika itu.


    Dr Dao kini dibenarkan keluar dari hospital tetapi insiden tersebut mengakibatkan dia hilang dua batang gigi di bahagian depan.


    Dia kini merancang untuk mengambil tindakan saman ke atas syarikat penerbangan itu. - Mail Online

    "Hidup tak selalunya indah tapi yang indah itu tetap hidup dalam kenangan"
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 Comments:

    Post a Comment

    Tidak menerima sebarang komen yang menghina dan maki caci

    Item Reviewed: Sudahlah Diheret Keluar Dari Pesawat, Syarikat Penerbangan Hantar Bagasi Ke Salah Alamat Rating: 5 Reviewed By: Editor
    Scroll to Top