728x90 AdSpace

  • Latest News

    Wednesday 22 March 2017

    Hujan Lebat Di Peru, Sungai Amazon Dalam Bahaya




    Hujan lebat sejak beberapa hari lepas meningkatkan pasar air di Sungai Amazon sehingga mencecah paras kritikal yang mungkin mengakibatkan banjir di bandar Iquitos dan beberapa daerah di wilayah Maynas, menurut Perkhidmatan Cuaca Kebangsaan Peru Senamhi.


    Stesen pemantauan H-Enapu di Peru menunjukkan paras air di Amazon ialah 117 meter di bawah paras air laut, 1.02 meter melebihi paras biasa dan menghampiri zon 'amaran merah'.

    Senamhi melaporkan hujan diramal beberapa hari lagi dan keadaan itu akan meningkatkan lagi paras air, boleh mengakibatkan daerah Punchana, Belen, Iquitos dan San Juan Bautista di wilayah Maynas dilanda banjir.

    Selain itu, perkhidmatan cuaca pada Isnin melaporkan Stesen El Tigre di Sungai Tumbes mencatatkan kadar aliran maksimum air ialah 703,9 meter padu sesaat dan kadar aliran itu mungkin akan dialami stesen Puente Tumbes di utara bandar Tumbes dalam tempoh beberapa jam akan datang.

    Senamhi juga mengesahkan hujan lebat dan ribut petir diramal melanda wilayah Cajamarca, Tumbes, Piura, Lambayeque dan La Libertad.

    Hujan lebat di Peru sejak minggu lepas mengakibatkan banjir di beberapa wilayah, mengorbankan 75 orang, 20 lagi hilang dan lebih 100,000 kemusnahan harta benda.

    -- BERNAMA

    "Hidup tak selalunya indah tapi yang indah itu tetap hidup dalam kenangan"
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 Comments:

    Post a Comment

    Tidak menerima sebarang komen yang menghina dan maki caci

    Item Reviewed: Hujan Lebat Di Peru, Sungai Amazon Dalam Bahaya Rating: 5 Reviewed By: Editor
    Scroll to Top