728x90 AdSpace

  • Latest News

    Sunday 2 April 2017

    Perisik Wanita Korea Utara Dilatih Cara Melakukan Seks Paling Ghairah




    Bukan perkara baharu apabila wanita di Korea Utara dijadikan perisik atau ejen untuk membunuh individu tertentu malah perisik lelaki di negara itu kini bukan lagi calon utama bagi menjalankan kerja-kerja perisikan dan pembunuhan.

    Sebaliknya rejim itu telah merekrut golongan wanita sejak lebih seabad lalu melalui program dikenali sebagai Perangkap Madu.

    Program itu merupakan idea pemimpin Kim Jong-il, bapa kepada pemimpin Korea Utara sekarang, Kim Jong-un.

    Malah racun merupakan senjata popular untuk membunuh sasaran dan sering kali arsenik digunakan bagi tujuan tersebut, bukan lagi senjata tajam atau senjata api oleh perisik lelaki.

    Menurut pengasas New Focus International, Jang Jin-sung yang berpaling tadah ke Korea Selatan, idea menggunakan wanita timbul selepas komplot menculik ahli perniagaan dari Jepun, Korea Selatan, Romania, Thailand dan Lebanon untuk direkrut sebagai perisik gagal setelah mangsa tidak mahu memberi kerjasama.

    Malah rakyat Korea Utara yang berpaling tadah juga mengakui mereka sentiasa berwaspada dengan wanita-wanita muda kerana bimbang mereka merupakan perisik yang ditugaskan untuk membunuh sebagai tindakan balas dendam terhadap pembelot.

    Seperti kata An Chan-il yang juga bekas komando Korea Utara, perisik lelaki kini dipinggirkan manakala tugas membunuh terutama menggunakan racun dilakukan oleh perisik wanita.

    Senjata yang digunakan oleh perisik wanita adalah penyuntik beracun dalam gincu bibir atau kosmetik lain dan barangan itu sukar dikesan oleh pihak keselamatan lapangan terbang.

    Wajah cantik masih menjadi pilihan utama untuk menjadi perisik Korea Utara tetapi potongan badan yang menarik bukan ciri utama kerana mereka mungkin berdepan tindak balas fizikal daripada individu yang disasar.

    Golongan wanita tersebut dipilih semasa masih menuntut di institusi pengajian tinggi malah ada juga masih di sekolah menengah seterusnya diberi pelbagai latihan termasuk mengendalikan pesawat dan hubungan intim.

    Mereka kemudian menyamar sebagai penterjemah untuk individu berkedudukan tinggi, pemandu pelancong atau pelacur.

    Seperti mana perisik lain, kesemuanya sanggup menggadai nyawa demi pemimpin masing-masing namun tidak kurang yang berpaling tadah.

    Antara perisik wanita paling terkenal di Korea Utara ialah Kim Hyon-hui yang mengebom pesawat Korean Air 858 pada November 1987 yang dalam penerbangan dari Bangkok, Thailand ke Seoul, Korea Selatan.

    Dalam kejadian itu kesemua 115 penumpang maut manakala Hyon-hui ditahan bersama seorang lagi perisik legenda, Kim Seung-il yang menyamar sebagai bapanya.

    Kedua-duanya ditahan di Bahrain pada 1987 namun Seung-il meninggal dunia dalam tempoh penahanan manakala Hyun-hui diekstradisi ke Korea Selatan dan dihukum mati selepas didapati bersalah tetapi kemudian mendapat pengampunan.

    Seorang lagi perisik, Won Jeong-ha yang digelar Mata Hari Korea Utara, memasuki Korea Selatan sekitar 2001 dan menyamar sebagai individu yang berpaling tadah dari Korea Utara.

    Wanita itu ditahan dan dipenjara selama lima tahun pada 2008 selepas bersalah menggunakan seks untuk mendapatkan maklumat sulit daripada pegawai tentera Korea Selatan dan merancang untuk membunuh pegawai-pegawai berkenaan.

    Mata Hari merupakan perisik wanita bernama Margaretha Geertruida iaitu penari eksotik dari Belanda tetapi bertugas sebagai perisik untuk Jerman semasa Perang Dunia Pertama yang akhirnya dihukum tembak di Perancis.

    Lee Sun-sil merupakan seorang lagi perisik wanita Korea Utara yang terkenal dan telah beroperasi di Korea Selatan selama 10 tahun serta berjaya memperoleh maklumat risikan berhubung penubuhan Parti Pekerja Korea Utara di Korea Selatan.




    Sumber Utusan

    "Hidup tak selalunya indah tapi yang indah itu tetap hidup dalam kenangan"
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 Comments:

    Post a Comment

    Tidak menerima sebarang komen yang menghina dan maki caci

    Item Reviewed: Perisik Wanita Korea Utara Dilatih Cara Melakukan Seks Paling Ghairah Rating: 5 Reviewed By: Editor
    Scroll to Top