728x90 AdSpace

  • Latest News

    Saturday 15 April 2017

    Penasihat PM Akui Wacana Liberal Nampak Menarik, Tapi…



    Penasihat agama perdana menteri Tan Sri Dr Abdullah Mohd Zin berkata fahaman liberalisme juga menjadi ancaman kepada agama Islam selain fahaman radikalisme dan terorisme.


    Katanya, konsep wasatiyah atau kesederhanaan mampu membendung fahaman tersebut kerana Islam menganjurkan umatnya memilih “jalan tengah” dalam beragama.


    Beliau menafsirkan golongan liberal sebagai pihak yang berani mentafsirkan al-Quran mengikut pemikiran sendiri dan mempertikaikan prinsip seperti undang-undang syariah.


    “Mereka biasa membawa perbezaan pendapat yang walaupun pada dasarnya nampak menarik, tetapi membelakangkan Islam,” katanya merujuk kepada fahaman berteraskan kebebasan individu itu.


    Abdullah berkata demikian ketika berucap merasmikan program syarahan bertajuk “Ancaman Liberalisme, Radikalisme dan Terrorisme dalam dunia Islam: Pendekatan Wasatiyyah Sebagai Penyelesaian” di sebuah hotel di ibu negara semalam.


    Syarahan perdana anjuran Institut Wasatiyyah Malaysia (IWM), Jabatan Perdana Menteri itu disampaikan Setiausaha Agung Liga Muslim Dunia Dr Sheikh Mohamad Abdul Karim Al-Issa.


    IS salah guna jihad 


    Sementara itu, Mohammad pula berkata kumpulan pengganas IS telah menyalahgunakan maksud jihad sebenar demi kepentingan orang-orang tertentu yang begitu taksub dengan agama Islam.


    Ia kerana jihad sebenarnya adalah cara untuk mempertahankan diri dalam menentang kezaliman.


    “Menyebarkan agama Islam melalui peperangan bukan merupakan jihad kerana tiada paksaan dalam Islam.


    “Sebenarnya jihad adalah cara untuk mempertahankan diri, jihad pertahankan diri bagi menolak kezaliman seperti contoh negara yang diceroboh wajib untuk kita pertahankan.


    “Menahan nafsu, hindari akhlak buruk dan elakkan daripada terlibat dalam maksiat juga merupakan jihad,” katanya.

    "Hidup tak selalunya indah tapi yang indah itu tetap hidup dalam kenangan"
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 Comments:

    Post a Comment

    Tidak menerima sebarang komen yang menghina dan maki caci

    Item Reviewed: Penasihat PM Akui Wacana Liberal Nampak Menarik, Tapi… Rating: 5 Reviewed By: Editor
    Scroll to Top