728x90 AdSpace

  • Latest News

    Saturday 15 April 2017

    3 Hak Wajib Tahu Jika Anda Berada Dalam Situasi Seperti Lelaki Yang Diheret Keluar Dari Pesawat Ini




    Baru-baru ni satu dunia dikejutkan dengan kes seorang lelaki dipaksa dan dipukul sehingga berdarah. Video yang dirakam oleh penumpang United Airlines menunjukkan bahawa lelaki tu diheret keluar oleh pegawai keselamatan pesawat itu.

    Tindakan itu telah menaikkan kemarahan orang ramai dan United Airlines menjadi bahan jenaka di laman sosial media. Menurut beberapa laporan media antarabangsa, perniagaan syarikat penerbangan itu juga mengalami kerugian besar rentetan insiden itu. Tapi apakah hak kita sebagai penumpang untuk menghadapi situasi ni?


    Apakah hak anda sebagai penumpang?

    Menurut laporan Astro AWANI, mereka minta penjelasan terperinci daripada Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (MAVCOM) mengenai polisi tempahan penerbangan di Malaysia. Mereka menjelaskan bahawa penjualan tiket adalah keputusan komersial berpandukan prosedur serta garis panduan syarikat penerbangan masing-masing.

    Jadi, bagaimana untuk atasi masalah jikalau anda berada dalam situasi lelaki yang diheret di pesawat United Airlines tu? MAVCOM berkata jika seseorang pengguna/penumpang terpaksa melepaskan tempahan kerusi dalam penerbangan mereka disebabkan tempahan yang berlebihan, pengguna harus diberi pampasan atau penjagaan berdasarkan Kod Perlindungan Pengguna Penerbangan Malaysia 2016.

    Ini 3 hak pengguna yang anda wajib tahu;

    1) Makanan, panggilan telefon yang terhad dan akses kepada internet.

    2) Penginapan di hotel apabila penginapan selama satu malam atau lebih adalah perlu.

    3) Pilihan antara bayaran balik penuh atau pesawat gantian.

    Tambah MAVCOM lagi, syarikat penerbangan yang beroperasi harus menghubungi pengguna/penumpang terlebih dahulu supaya menawarkan diri secara sukarela untuk melepaskan tempahan mereka serta mengelakkan salah faham.




    Sumber: Astro Awani

    "Hidup tak selalunya indah tapi yang indah itu tetap hidup dalam kenangan"
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 Comments:

    Post a Comment

    Tidak menerima sebarang komen yang menghina dan maki caci

    Item Reviewed: 3 Hak Wajib Tahu Jika Anda Berada Dalam Situasi Seperti Lelaki Yang Diheret Keluar Dari Pesawat Ini Rating: 5 Reviewed By: Editor
    Scroll to Top