728x90 AdSpace

  • Latest News

    Sunday 9 April 2017

    Mereka Yang Tak Ramai Kawan Mudah Jatuh Sakit - Kajian




    Kajian baru menunjukkan, rasa kesepian dan kesunyian membuatkan seseorang itu mudah jatuh sakit dan mengambil masa yang lama untuk sembuh.

    Dalam sebuah kajian yang diterbitkan di dalam jurnal Health Psychology, penyelidik menilai tahap kesepian ke atas 213 orang yang sedang menghidap gejala selesama dan mengukur tahap sosial yang dimiliki oleh mereka.

    Hasil kajian mendapati, mereka yang merasa kesepian mengalami gejala selesema lebih teruk berbanding mereka yang kurang merasa kesepian.

    Kajian juga melaporkan, suasana persekitaran mempengaruhi kemampuan tubuh badan melawan penyakit.

    Tambah kajian itu lagi, tidak kira berapa ramai kawan yang anda miliki di media sosial, jika hubungan tersebut kurang bermakna, ia tidak memberi perbezaan.

    Orang yang kesepian berisiko 26% lebih tinggi mengalami kematian awal.

    "Hidup tak selalunya indah tapi yang indah itu tetap hidup dalam kenangan"
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 Comments:

    Post a Comment

    Tidak menerima sebarang komen yang menghina dan maki caci

    Item Reviewed: Mereka Yang Tak Ramai Kawan Mudah Jatuh Sakit - Kajian Rating: 5 Reviewed By: Editor
    Scroll to Top