Selalu berlaku pada pasangan yang baru berkahwin dan tidak mempunyai pengetahuan yang mendalam mengenai ilmu agama dalam rumah tangga.
Perkataan cerai bagai pasangan beragama Islam tidak boleh dibuat main-main. Tersalah lafaz, pasti binasa walaupun hanya sekadar bergurau. Lebih teruk lagi jika si suami melafazkan cerai talak tiga sekaligus, menangis berdarah air mata pun belum tentu akan kembali bersama.
Baca perkongsian dari Taufiq Razif di bawah mengenai ilmu rumah tangga yang wajib diketahui terutamanya bagi mereka yang bakal berkahwin. Semoga dapat memberi manfaat kepada semua.
Isteri saya yang bekerja di Unit Kecemasan pernah mendapat kes isteri diliwat suami sendiri. Rupanya dia bukan dipaksa tetapi sengaja nak mencuba. Si isteri itu pula daripada gaya percakapannya langsung tidak rasa bersalah dengan perbuatannya.
Inilah yang terjadi kalau nak berkahwin tetapi tiada ilmu tentang perkahwinan. Nak kahwin bukan main akad sahaja, banyak perkara yang perlu diketahui/dipelajari sebenarnya. Lebih-lebih lagi untuk si lelaki yang bakal nak menjadi suami. Nak berkahwin in bukan cuma perlu ilmu psikologi saja, hukum hakam pun kena tahu.
Pernah ada satu kes di Malaysia ini di mana si suami tercerai isterinya di malam pertama. Nak tahu kenapa? Sebab dia boleh main perkataan, “Aku cerai kau. Aku cerai kau’ dengan isterinya.
Si isteri ini pula makin kena sakat dengan si suami, makin galak dia ketawa. Akhirnya dia rasa tak sedap hati. Bila ditanya pada Tok Kadi, terus Tok Kadi sahkan talak dah jatuh. Menangis air mata berdarah pun tak boleh buat apa dah. Dah nampak kenapa belajar hukum hakam ini penting, kan?
Masalah rumah tangga yang paling banyak berlaku adalah si suami tak bagi nafkah. Si suami ini ingat bila isteri sudah berkerjaya dan ada gaji tetap, dia sebagai suami tidak perlu menghulurkan nafkah. Padahal nafkah itu adalah hak mutlak si isteri.
Walaupun si isteri seorang CEO syarikat perkapalan dan suaminya hanya penjual tempe, nafkah tetap hak mutlak seorang isteri. Kecuali isterinya sendiri yang menghalalkan.
Ramai juga yang salah anggap bahawa nafkah ini cuma duit. Padahal nafkah ini termasuk juga ilmu, kebahagiaan dan ketenteraman isteri secara zahir dan batin.
Sekali sekala itu, ajarlah isteri ilmu agama. Kalau tak pandai sangat, buka saja laman YouTube dan dengar cerama bersama-sama. Ada masa lapang, ajak isteri pergi dengar ceramah agama.
Ilmu agama pun termasuk nafkah batin. Bukan jima’ saja dikira nafkah batin ye. Okay, masuk bab hubungan suami isteri pula. Dah tahu nak kahwin esok lusa, janganlah segan-segan nak tanya orang tua bab hubungan suami isteri ini.
Orang zaman dulu sebelum kahwin lagi dah siap khatam kitab khusus bab hubungan suami isteri. Ilmu kehidupan ini penting sebab ilmu inilah yang kita akan gunakan sehingga ke hari tua.
Nak malu buat apa? Benda halal kan? Jangan kau pergi tanya pada public sudahlah.
Kepada yang nak berkahwin lagi seminggu dua ini sempena cuti sekolah ataupun yang sudah lama berkahwin, saya nak pesan satu perkara sahaja.
“Perkahwinan ini bukan ikatan dua jiwa untuk hidup di dunia saja. Ini ikatan yang kau nak bawa sampai ke alam sana dan sampailah ke syurga,”
Cuba tenung mata pasangan masing-masing, cuba tengok betapa cintanya si dia pada diri kita, kan. Alangkah bahagia kalau cinta yang ada ini boleh diteruskan sampai ke dalam syurga nanti sebab cinta di sana nanti tiada penamatnya.
Cinta di dunia akan terpisah tatkala maut menjadi realiti. Tetapi cinta yang sejati akan kekal sampailah ke alam sana nanti.
Saya Taufiq Razif, minta tolong sangat-sangat share artikel ini pada pasangan masing-masing. Tetapi tolong jangan baca artikel ini sambil mendengar lagu Aiman Tino ye. Sekian.
"Hidup tak selalunya indah tapi yang indah itu tetap hidup dalam kenangan"
0 Comments:
Post a Comment
Tidak menerima sebarang komen yang menghina dan maki caci