Sepasang pelajar dari Vietnam terpaksa dikejarkan ke hospital selepas mengalami luka dan pendarahan pada alat sulit mereka setelah menggunakan beg plastik sebagai kondom.
Menurut sebuah laman berita antarabangsa, kedua-dua mangsa yang tidak didedahkan identitinya merupa kan mahasiswa sebuah kolej di Hanoi. Difahamkan pasangan ini baru pertama kali melakukan hubungan seks.
Sementara itu, Timbalan Pengarah Hospital Buah Pinggang Hanoi, Nguyen The Luong, memberitahu bahawa lelaki itu terlalu malu untuk keluar membeli kondom.
Tambah Luong, pasangan terbabit terpaksa diberikan antibiotik untuk membantu proses pemulihan mereka.
Jelasnya lagi, beg plastik tidak sesuai digunakan sebagai alat pencegah kehamilan kerana tidak mempunyai keanjalan dan pelincir bagi menganti kan kondom. Malah boleh menyebab kan calar dan luka pada vagina.
Menurut laman tempatan Tuoi tre, satu kajian dilakukan oleh Universiti Perubatan Hanoi dan Kolej Perubatan Hanoi terhadap 2,700 mahasiswa dari enam universiti di bandar itu mengenai amalan seks.
Hasilnya difahamkan sebanyak 16 peratus dari responden yang menyertai kajian itu mengaku telah melakukan hubungan seks dan hanya satu pertiga sahaja menggunakan kondom sebagai alat pencegahan.
Manakala sebanyak 25 peratus memberitahu bahawa mereka malu untuk membeli kondom atau alat pencegah kehamilan.
Sumber : Mynewshub.cc
"Hidup tak selalunya indah tapi yang indah itu tetap hidup dalam kenangan"
0 Comments:
Post a Comment
Tidak menerima sebarang komen yang menghina dan maki caci