728x90 AdSpace

  • Latest News

    Wednesday, 5 April 2017

    Kenapa Arwah Juwie Boleh Sesuka Hatinya Nak Masuk Office Jam Berapa?



    Semua tahu siapa Juwie. Dia ini insan lembu, orang nak panggil dia pondan ke bapuk ke apa ker, Juwie tetap kata dia insan khunsa iaitu insan yang mempunyai dua jantina. Jadi, janganlah kita pandang serong kepada dia kerana dia tidak pernah minta dilahirkan begitu.

    Juwie menjadi anak emas akhbar Utusan. Dia masuk kerja ikut suka dia dan tiada siapa berani cakap apa kerana dia telah buktikan hasil kerjanya. Kreativiti Juwie hanya muncul di tengah-tengah malam ketika orang lain sedang nyenyak tidur, dia mengetuk typewriter sampai pagi. Masa orang lain kerja, Juwie tidur dan sekiranya ada meeting di pejabat, haruslah diubah lepas pukul dua petang kalau mereka mahu Juwie hadir.

    Masa Juwie buat ruangan gossip di Utusan, juga meletup!  Sehingga kini tiada lagi wartawan hiburan lain di Malaysia ini yang dapat mengendalikan sebuah ruangan gosip sebagaimana Juwie melakukannya dulu. Dia banyak dapat cerita-cerita eksklusif dan tiada wartawan lain boleh dapat apa yang Juwie dapat.



    Kelemahan Juwie pada kerjanya hanya satu. Dia terlalu amanah. Sekiranya dia tahu cerita yang ‘gelap’ mengenai seseorang artis, dia akan hubungi artis itu dan sekiranya artis itu merayu jangan tulis atau bahasa akhbar ‘off the record’ dia tidak akan tulis atau bocorkan walaupun diletak pisau dilehernya. Akibatnya, pada pandangan kerja, ada kalanya tulisannya kekadang berat sebelah. kalau susah sangat, dia tidak akan tulis langsung.

    Tahukah anda sebahagiaan besar daripada hidup dan harta yang dimilikinya dikongsi tanpa mengira orang itu kenalan dia ataupun tidak. Semasa dia mula-mula bekerja, dia tinggal di Kampung Datuk Keramat pada lewat tahun 80-an dulu. Juwie berjiran dengan Kak Jee di aparment berhampiran. Kak Jee dapat tahu, wang gajinya ketika itu, banyak dihabiskan membantu budak-budak universiti yang ramai duduk di kawasan itu,. kalau mereka kesuntukkan duit nak beli buku, maka Juwie lah tempat mereka mengadu. Begitu mulianya hati Juwie.

    Namun kelmarin, gelanaplah dua tahun pemergian wartawan hiburan yang disegani oleh rakan-rakan wartawan dan dihormati oleh artis-artis tanahair.



    Juwie atau nama sebenarnya Abdul Jalil Saleh meninggal dunia pada 3 April 2015 pada usia 62 tahun di Pusat Perubatan Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM), Cheras, dekat sini akibat komplikasi pelbagai penyakit termasuk kanser prostat.

    Al-Fatihah untuk Juwie.

    "Hidup tak selalunya indah tapi yang indah itu tetap hidup dalam kenangan"
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 Comments:

    Post a Comment

    Tidak menerima sebarang komen yang menghina dan maki caci

    Item Reviewed: Kenapa Arwah Juwie Boleh Sesuka Hatinya Nak Masuk Office Jam Berapa? Rating: 5 Reviewed By: Editor
    Scroll to Top