728x90 AdSpace

  • Latest News

    Wednesday 12 April 2017

    Jangan Cuba Laga Lagakan Kami, Tegas Hishammuddin




    Tiada motif politik di sebalik pelantikan dirinya sebagai Menteri Tugas-Tugas Khas, tegas Datuk Seri Hishammuddin Hussien.

    Naib Presiden Umno itu juga meminta orang ramai agar tidak mudah termakan dengan dakyah pembangkang yang mendakwa pelantikan tersebut ekoran pergeseran antara Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan timbalannya Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

    "Jangan ada pihak cuba melaga-lagakan kita. Kita teruskan (tugas) berbanding melayan pihak yang tidak pernah setuju dengan kita.

    "Datuk Seri Zahid sudah berkata beliau menerima perkara ini. Pelantikan ini memberi peluang untuk saya bersama-sama Zahid mengagihkan tugas dan memberikan sokongan penuh kepada kepimpinan Perdana Menteri," kata beliau pada sidang media di Kementerian Pertahanan, hari ini.

    Beliau berkata demikian mengulas pelantikan dirinya sebagaimana yang diumumkan Najib, awal hari ini.

    Menurut Hishammuddin, beliau akan berbincang dengan Najib berhubung tugas dan tanggungjawab jawatan baru itu.

    Terdahulu, Timbalan Presiden Amanah, Salahuddin Ayub mendakwa pelantikan Hishammuddin sebagai petanda Najib akan melepaskan jawatannya tidak lama lagi.

    Manakala Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli pula mendakwa pelantikan itu bukan perkembangan baik untuk cita-cita politik Zahid.

    "Hidup tak selalunya indah tapi yang indah itu tetap hidup dalam kenangan"
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 Comments:

    Post a Comment

    Tidak menerima sebarang komen yang menghina dan maki caci

    Item Reviewed: Jangan Cuba Laga Lagakan Kami, Tegas Hishammuddin Rating: 5 Reviewed By: Editor
    Scroll to Top