728x90 AdSpace

  • Latest News

    Tuesday 18 April 2017

    Inilah Manusia Tertua Di Dunia [VIDEO]




    Violet Brown berusia 117 tahun dan 36 hari dari Jamaica kini menjadi orang yang masih hidup paling lama di dunia selepas pemegang gelaran itu Emma Morano yang diiktiraf sebagai manusia ‘supercentenarian’ meninggal dunia semalam pada usia 117 tahun.

    ‘Supercentenarian’ adalah orang yang telah tinggal atau meninggal dunia selepas ulang tahun ke-110 mereka.

    Guinness World Book of Records juga mengiktiraf Brown sebagai supercentenarian pertama dari Jamaica dan yang tertua dari pulau Caribbean.

    Beliau dilahirkan pada 10 Mac 1900 di Duanvale, Trelawny, tidak jauh dari tempat kelahiran pemegang rekod dunia acara olahraga iaitu pelari legenda Usain Bolt.

    Pada 1900an Jamaica di bawah jajahan Empayar British sekaligus menjadikan Brown dari bekas jajahan takluk terakhir Queen Victoria yang masih hidup. Queen Victoria meninggal dunia pada Januari 1901.

    Brown bekerja sebagai petani tebu kemudian membantu suaminya menjadi penjaga rekod tanah perkuburan.

    Dalam temu bual dengan Jamaica Observer, Brown yang masih tinggal di rumah sama tempat dia dilahirkan berkata, “Saya masih hidup dengan rahmat Tuhan dan saya bangga dengan umur saya.”

    Anak Brown, Harold Fairweather turut berkongsi beberapa makanan kegemaran ibunya dengan akhbar itu semasa sesi temu ramah.

    “Dia suka makan ikan dan daging kambing, kadang-kadang gemar memakan kaki lembu. Tetapi dia tidak suka makan ayam dan daging babi,” katanya.

    Selain itu, Brown suka makan ubi keledek, kentang Ireland, sukun dan buah-buahan terutama oren dan mangga.

    Fairweather,96, dipercayai menjadi orang tertua mempunyai ibu dan bapa yang masih hidup. – BERNAMA





    "Hidup tak selalunya indah tapi yang indah itu tetap hidup dalam kenangan"
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 Comments:

    Post a Comment

    Tidak menerima sebarang komen yang menghina dan maki caci

    Item Reviewed: Inilah Manusia Tertua Di Dunia [VIDEO] Rating: 5 Reviewed By: Editor
    Scroll to Top