728x90 AdSpace

  • Latest News

    Friday 14 April 2017

    Hampir 10 Tahun Atuk Hidup Murung, Namun Sekelip Mata Berubah Selepas Dihadiahkan Seekor Kucing




    Kemurungan merupakan masalah kesihatan yang membawa kepada kerosakan hati sekiranya tidak dirawat. Dan bagi lelaki berusia 94 tahun ini, beliau mengalami kemurungan sejak jatuh sakit sejak pada tahun 2009.

    Akiko Dupont, cucu kepada lelaki berkenaan, Jiji, melihat datuknya semakin murung saban hari dan mula hilang minat untuk meneruskan kehidupan.

    "Doktor katakan dia sakit. Beliau dahulunya seorang yang ceria semakin hilang minat tentang kehidupan dan menjadi murung saban hari.

    "Dan ada waktu itulah saya bawakan Kinako untuk tinggal bersama kami," kata Akiko dipetik Bored Panda.



    Kinako, kucing daripada baka American Shorthair ini menurut Akiko sangat pemalu namun mula berubah sedikit demi sedikit dan mengekori Jiji ke mana sahaja.

    "Hubungan mereka semakin erat saban hari. Siapa boleh sangka yang seekor kucing pemalu boleh berkawan dengan lelaki tua yang pemarah!" kata cucu Jiji lagi.



    Akiko merakam perkembangan kesihatan datuknya bertambah baik. Kehidupan Jiji semakin ceria selepas kedatangan Kinako.

    Ujarnya, Kinako memberikan respon setiap kali Jiji mempelawanya untuk bermain - sikap lucunya membawa kegembiraan kepada Jiji.



    Malah kedua-dua mereka juga tidur bersama.

    "Sempadan antara manusia dan binatang cair, sepertimana Kinako mencairkan hati Jiji," cerita Akiko lagi.

    - Malaysian Digest

    "Hidup tak selalunya indah tapi yang indah itu tetap hidup dalam kenangan"
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 Comments:

    Post a Comment

    Tidak menerima sebarang komen yang menghina dan maki caci

    Item Reviewed: Hampir 10 Tahun Atuk Hidup Murung, Namun Sekelip Mata Berubah Selepas Dihadiahkan Seekor Kucing Rating: 5 Reviewed By: Editor
    Scroll to Top