728x90 AdSpace

  • Latest News

    Wednesday 12 April 2017

    ECER Tarik Pelaburan Swasta RM101.4 Bilion




    Pelaburan swasta berjumlah RM101.4 bilion berjaya diterima Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER) sehingga kini iaitu 92 peratus daripada jumlah pelaburan RM110 bilion yang disasarkan pada tahun 2020.


    Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECERDC), Datuk Seri Jebasingam Issace John berkata, pertumbuhan pesat yang dicapai oleh ECER juga berjaya menyaksikan lebih 140,000 peluang pekerjaan dihasilkan dan 24,000 usahawan berjaya dilahirkan.


    “Transformasi sosioekonomi ini membolehkan pembangunan yang lebih seimbang lagi bersepadu merentasi kawasan bandar dan pedalaman di wilayah ECER,” katanya.


    Beliau berkata demikian dalam satu kenyataan selepas Mesyuarat ECERDC yang pertama tahun ini, dipengerusikan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak di Bangunan Perdana Putra di sini hari ini.


    Perdana Menteri turut menyampaikan Anugerah Usahawan Gemilang kepada 19 usahawan cemerlang menerusi Majlis Anugerah Usahawan Gemilang Entrepreneur ECER 2017 yang diadakan selepas mesyuarat berkenaan. - UTUSAN ONLINE

    "Hidup tak selalunya indah tapi yang indah itu tetap hidup dalam kenangan"
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 Comments:

    Post a Comment

    Tidak menerima sebarang komen yang menghina dan maki caci

    Item Reviewed: ECER Tarik Pelaburan Swasta RM101.4 Bilion Rating: 5 Reviewed By: Editor
    Scroll to Top