728x90 AdSpace

  • Latest News

    Monday 17 April 2017

    Cuci Pinggan Boleh Redakan Tekanan - Kajian




    Kajian terbaru mendapati, aktiviti mencuci pinggan mangkuk dapat memberi kesan kepada psikologi selain meredakan tekanan yang dialami.

    Bagaimanapun, kajian yang dijalankan oleh Florida State University di Amerika Syarikat itu mendapati, aktiviti tersebut perlu dilakukan dengan penuh sabar untuk mendapat manfaatnya.

    Salah seorang penyelidik, Dr. Adam Hanley berkata, individu yang mencuci pinggan dengan fokus dan sabar akan berasa kurang gelisah sehingga 27 peratus lebih rendah berbanding mereka yang melakukan kerja itu secara terburu-buru.

    Menurutnya, responden yang memberi fokus kepada aroma sabun, suhu air dan perkakas dapur yang dibersihkan juga memperoleh ilham atau idea sehingga 25 peratus.

    Kajian yang di terbitkan di dalam jurnal Mindfulness itu dijalankan ke atas 51 orang pelajar di universiti tersebut.




    P/S: Lepas ni kalau stress je, pergi cuci pinggan. Boleh tolong ringankan beban mak sekali!

    "Hidup tak selalunya indah tapi yang indah itu tetap hidup dalam kenangan"
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 Comments:

    Post a Comment

    Tidak menerima sebarang komen yang menghina dan maki caci

    Item Reviewed: Cuci Pinggan Boleh Redakan Tekanan - Kajian Rating: 5 Reviewed By: Editor
    Scroll to Top