Bella Hadid antara selebriti yang setegas-tegasnya menentang manifesto presiden Donald Trump mengenai larangan imigran dari tujuh negara Muslim masuk ke Amerika Syarikat.
Malah supermodel berusia 20 tahun ini dilaporkan pernah turut serta dalam demonstrasi di jalanan bersama kakaknya, Gigi Hadid pada Februari lalu.
Tidak cukup dengan itu, Bella atau nama sebenarnya, Isabella Khair Hadid, baru-baru ini kembali menyuarakan pandangannya mengenai agama Islam dalam majalah edisi terbaru Porter. Bella juga bercerita mengenai pengalaman imigrasi ayahnya, Mohamed Hadid.
Bapa Bella, Mohamed Hadid berasal dari Palestin dan pernah tinggal di Syria dan Lebanon sebelum berhijrah ke Amerika Syarikat ketika berusia 14 tahun.
"Bapa saya adalah seorang pelarian ketika ia pertama kali datang ke Amerika," kata Bella dilansir Paper Magazine.
"Bapa saya seorang yang kuat agama dan beliau selalu berdoa dengan kami. Saya bangga menjadi seorang muslim."
Bella juga mengungkapkan kenyataan yang sama ketika ditemubual majalah Elle.
Bekas kekasih The Weeknd ini berpendapat semua orang layak dihormati dan mendapatkan kebaikan tanpa memandang bangsa mahupun agama mereka.
"Saya datang dari keluarga yang latar belakangnya sangat berbeza-besa.
"Kita tidak seharusnya memperlakukan orang seperti mereka tidak layak mendapatkan kebaikan hanya karena etnik mereka. Itu tidak wajar," tegasnya.
"Hidup tak selalunya indah tapi yang indah itu tetap hidup dalam kenangan"
0 Comments:
Post a Comment
Tidak menerima sebarang komen yang menghina dan maki caci