728x90 AdSpace

  • Latest News

    Saturday 8 April 2017

    Bagaimana Anda Boleh Mengambil Kesempatan Ketika Kejatuhan Ringgit?



    Sejak nilai Ringgit jatuh, hampir setiap masa kita membaca berita-berita negatif mengenainya melalui media sosial dengan ramai yang menjadi pakar ekonomi dalam sekelip mata.

    Jika dilihat kepada kadar ringgit ketika ini berbanding dolar Amerika Syarikat (AS), ia memang agak menakutkan. Malah ada penganalisis yang meramalkan ringgit akan susut RM100 = AS25 menjelang penghujung tahun ini.

    Kejatuhan Ringgit ini disebabkan oleh beberapa faktor dengan punca utama adalah kejatuhan harga minyak, yang memberikan kesan kepada ekonomi Malaysia dan dunia.

    Persoalannya bagaimana pula dengan isu 1MDB? Walaupun ada penganalisis yang percaya ia antara faktornya, namun  1MDB bukan faktor terbesar yang menyumbang kepada kejatuhan Ringgit.

    Melihat kepada prestasi Ringgit ketika ini, adakah ia bermakna kerajaan tidak menguruskan ekonomi dengan baik?

    Seorang lelaki, Ronn Yeo mempunyai jawapannya.

    Sebahagian besar yang berlaku adalah disebabkan oleh faktor luaran yang tidak terkawal tetapi memang mudah untuk menuding jari dan menyalah kerajaan, menyalahkan majikan anda atau menyalahkan kucing hitam jiran anda terhadap kesukaran dalam hidup anda.

    Ia merupakan satu cara pemikiran yang malas. Kita sepatutnya menghentikan pemikiran  ini dan mungkin juga kita patut menentukan nasib kita sendiri, bukan membiarkan orang lain menentukannya.

    Jika Ringgit semakin menyusut, apa yang boleh dilakukan oleh anda ialah dengan mengambil langkah untuk mengukuhkan diri, iaitu mengambil kesempatan terhadap kejatuhan tersebut.

    Apa yang boleh anda lakukan? Sebenarnya kita boleh mengambil peluang terhadap setiap krisis yang berlaku, bukan hanya memandang sesuatu perkara secara negatif semata-mata.


    1 – Anda boleh mula membeli matawang yang lebih stabil seperti USD,  Yen, Pound dan dolar Singapura. Formulanya jika kita tidak boleh mengatasi mereka, maka kita perlu menyertai mereka. Jadi anda boleh mula menukar Ringgit anda kepada matawang tersebut sebelum ia jatuh lagi. Wang itu harus disimpan, bukan dibelanjakan.

    2 – Melabur dalam saham, emas dan juga mungkin minyak. Prinsip melabur adalah dengan menggunakan Ringgit anda dan kemudian melabur untuk melindungi `nilainya’.

    Sebagai contoh, jika nilai Ringgit terus jatuh, maka nilai emas akan meningkat dan wang yang anda labur untuk membeli emas akan terselamat daripada penurunan nilai. Meskipun pelaburan itu adalah sesuatu yang berisiko, tetapi ia juga boleh membawa kepada ganjaran yang besar.

    3 – Lakukan kerja dalam talian secara sambilan. Dengan peningkatan Internet, ia lebih mudah untuk bekerja dari rumah di mana-mana sahaja tempat di dunia ini, dan ia merupakan peluang untuk anda memperolehi pendapatan dalam USD. Bayangkan berapa banyak nilai yang akan anda perolehi jika ditukar kepada Ringgit.

    Contoh kerja seperti pereka laman web, pengaturcara komputer dan terjemahan bahasa melalui dalam talian.

    Jika anda melihat semua perkara sebagai negatif sahaja, anda memang tidak akan kemana-mana.

    "Hidup tak selalunya indah tapi yang indah itu tetap hidup dalam kenangan"
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 Comments:

    Post a Comment

    Tidak menerima sebarang komen yang menghina dan maki caci

    Item Reviewed: Bagaimana Anda Boleh Mengambil Kesempatan Ketika Kejatuhan Ringgit? Rating: 5 Reviewed By: Editor
    Scroll to Top