Saturday, 1 April 2017

8 Stereotaip Paling Popular Bila Melihat Pelajar UiTM

Image via nafisphotography.blogspot.my




Cakap saja UiTM, pasti akan ada banyak persepsi dan stereotaip orang ramai terhadap penuntut-penuntut universiti ini. Yang positif ada, yang negatif pun ada. Tapi bila bercakap je pasal stereotaip mestilah banyak negatif, ye dak?

Rasanya memang setiap universiti di Malaysia ni ada stereotaip masing-masing. Lain universiti lain stereotaipnya. Cuma mungkin seterotaip UiTM lebih banyak sebab UiTM ni ada banyak cawangan kat Malaysia. Senang kata, setiap negeri kat Malaysia ni confirm ada UiTM.

Jadi ini adalah stereotaip mengenai pelajar UiTM yang selalu saya dengar tapi tak betul sangat pun:




1. Result teruk pun boleh masuk UiTM


Ini contoh setereotaip yang paling cliche sekali. Katanya nak masuk UiTM tak perlukan result SPM bagus-bagus pun. Cukup-cukup makan pun lepas masuk sini.

Ada yang cakap, UiTM ni adalah hanya universiti untuk mereka yang tak berapa pandai je. Macam satu tweet yang pernah viral satu ketika dulu. Haihh...

Tetapi yang sebenarnya UiTM ni sama je macam universiti lain yang mana setiap course mempunyai pra-syaratnya tersendiri. Siapa kata UiTM senang nak masuk? Sesetengah course pun kalau nak masuk kena lalui interview dulu tau.




2. Tak ada saingan


Katanya bila study di UiTM ni tak ada saingan sangat sebab yelah universiti ni kan hanya untuk Melayu dan Bumiputera saja. So, kononnya kat UiTM ni saingan tak besar mana. Tak macam universiti lain yang lagi ramai bangsa Cina, India dan pelajar-pelajar dari luar negara.

Maklumlah, UiTM kan stands for 'Universiti Ini Tolong Melayu.' Hmmm.

Jadi kononnya kalau berjaya pun dalam UiTM anda hanya dianggap seperti 'jaguh kampung' semata-mata. Hmmm... tapi kami rasa sama je macam universiti lain. Pelajar zaman sekarang banyak yang pandai-pandai. Jadi nak tak nak kami pun kena bersaing untuk mendapat tempat di dalam universiti.





3. "A korang macam C kitorang"


Kalau anda pelajar UiTM dan anda mendapat A dalam apa-apa subjek, A anda itu akan dipertikaikan. Haha sesetengah orang kata gred A di UiTM ni seolah-olah gred C di universiti lain. Ouchhh... sakitnya!

Entah mana diorang dapat info ni pun tak tahu lah. Yang kami tahu ia sangatlah tidak benar dan kami akan berusaha sungguh-sungguh untuk dapat keputusan macam tu. Kalau betul lah kami ni jenis tidak bersaing macam mana boleh ada antara kami yang pernah dinobatkan sebagai pendebat terbaik dalam Kejohanan Debat Parlimen British Asia pada tahun 2014 dulu? Nah, anda baca INI.






4. Senang nak dapat dekan


Bila 'A' dah dipertikaikan, maka sekiranya kami dapat dean's list untuk sem tersebut pun tak akan dipandang oleh sesetengah orang. Mereka berpendapat pelajar UiTM ni, exam mereka agak mudah, jadi sangat senang untuk dapat dean's list. Apatah lagi 4 flat.

Rasanya kalau mudah, tak kan adalah pelajar yang terpaksa repeat subjek, repeat sem beberapa kali sewaktu menuntut di universiti ni. Sebenarnya ia bergantung kepada diri sendiri. Kalau anda berusaha, anda dapatlah hasilnya. Kan?






5. Banyak duit


Macam kita tahu yuran UiTM adalah yuran universiti yang paling murah sekali di Malaysia. Eh betul ke? Rasanyalah. Jadi apabila yuran sudah murah, ramailah yang akan anggap pelajar UiTM ni kaya-kaya belaka.

Sebenarnya tak jugak. Kami ni pun banyak juga benda nak beli macam bukulah, barang-barang untuk projek lah, projek luar lagi, yuran kolej, yuran itu yuran ini dan macam-macam lagi. Sama saja seperti pelajar universiti lain. Tapi yelah, dapat jugak lah simpan duit sikit tapi takdelah banyak duit.






6. Nak bergaya je lebih

Ramai juga yang cakap pelajar UiTM ni suka nak bergaya saja. Pergi kelas pun dah nak macam pergi kenduri. Bling-bling sana sini. Jalan tu kalau boleh tak nak kalah lenggoknya. Belajar tak nak, nak bergaya je lebih. Sebenarnya ada je yang macam ni tapi tak semua pun.

Dan rasanya dekat universiti lain pun ada je orang yang macam ni juga tak semestinya di UiTM sahaja. Kami dekat dalam universiti dan fakulti pun ada etika pemakaian yang perlu kami patuhi. Tak boleh sewenang-wenangnya pakai pakaian ikut sesuka hati.






7. Terlampau sosial


Disebabkan UiTM ni cawangan dia banyak, jadi bila sesetengah yang buat hal habis satu nama UiTM kena. Ni lah orang cakap akibat nila setitik, rosak susu sebelanga. Ramai yang anggap pelajar UiTM ni suka berhibur berlebihan dan kononnya terlalu sosial.

Rasanya kalau bab attitude ni bergantung pada individu itu sendiri. Tak ada kena mengena pun dengan universiti mana dia belajar. Macam saya ni memang masuk UiTM nak belajar je. Takde nak buat benda bukan-bukan pun. Hehe...






8. Graduan kualiti rendah

Jadi bila macam-macam persepsi buruk yang dilemparkan, mereka pun buat kesimpulan mengatakan bahawa graduan UiTM ini adalah graduan yang berkualiti rendah. Namun, kalau nak diikutkan graduan UiTM adalah antara graduan yang sangat dikehendaki oleh syarikat-syarikat di luar sana.

Pelajar UiTM ni kalau benda-benda yang melibatkan praktikal, rasanya memang tak ada masalah kot. Tetapi seperti yang saya kata tadi, semuanya bergantung pada attitude individu itu sendiri.





Jadi kesimpulannya di sini, tak kisah lah anda study di mana-mana sekali pun, anda sendiri yang akan tentukan tempat anda di luar nanti.

Dan tak semua yang anda anggap pasal pelajar UiTM itu adalah benar. Kadang-kadang ia hanya persepsi yang dibuat sesetengah orang berdasarkan pengalaman mereka dengan sesetengah pelajar UiTM. Keep calm and stay positive okay?

No comments:

Post a Comment

Tidak menerima sebarang komen yang menghina dan maki caci