Saturday, 1 April 2017

13 Jenis 'WhatsApp Reply' Yang Annoying




Selalu aja bila berwhatsapp mesti ada salah seorang dari rakan korang yang suka reply dengan cara yang paling annoying kan?


Apa perasaan korang bila dapat reply macam ni? Mesti menyampah, rasa nak baling phone pun ada kan. Jom tengok antara jenis whatsapp reply yang menyakitkan hati:




1. Reply dengan K



Tak tau nak rasa apa bila dapat K aja. Rasa speechless sangat, kalau boleh reply lah panjang sikit. Nampak sangat malas nak layan dekat situ.






2. Bluetick aja dapat


Dah kata nak text kejap lagi tu, so sabar aja lah. Tapi yang jadi persoalannya sekarang, kenapa bagi bluetick tu? Dah baca terus lah reply, haih sedih betul.





3. Dah bertahun baru nak reply



Kalau sampai 7 tahun nak jawab salam tak tahu lah nak cakap apa. Nasib baik kalau simpan lagi nombor, kalau dah buang tu buat malu je nanti kena tanya balik siapa nama.






4. Bila tanya soalan, jawab dengan soalan lain



Stressnya lah dapat kawan macam ni kan. Ni kalau tengah tanya soalan penting, memang boleh bawak gaduh tau!






5. Dari tadi typing tapi jawab sepatah aja



Menaip bukan main lama lagi, tapi reply sepatah aja. Kalau tak tau nak type apa, telefon ajalah terus kan lagi senang. Mesej yang nak sampaikan pun clear dan senang nak difahamkan.






6. LOL



LOL ini terdiri daripada pelbagai jenis. Ada LOLS, LULS, LELZ, LULZ tak pun LEL. Tak boleh nak fikir berapa banyak lagi jenis LOL yang ada. Selalunya LOL ini digunakan bila kawan korang tak tau nak jawab apa. Kalau ya pun malas nak layan, jangan lah tunjuk sangat. Sedih tau!






7. Kikiki, comel ke eh gelak macam tu?



Selalu biasa dengar gelak bunyi hahaha tak pun hihihi. Tapi bila kawan jawab bunyi gelak macam ni, maksudnya ni gelak comel ke? Atau pun dia cuba sampaikan mesej lain?






8. Gila emoji, kalau boleh satu set emoji tu dia nak hantar


Yang ni lagi senang, malas nak taip panjang-panjang terus hantar emoji aja. Kalau satu dua emoji tu, boleh lagi terima. Tapi dah beribu sampai macam ni, memang stress!






9. Umm/Urmm/Emm/Mmmm


Tak payah jawab pun lagi bagus kot. Lama betul berfikir, sekali jawapan dia bagi memang best betul!






10. Karangan panjang melebihi 100 patah perkataan


Yang ni pulak, korang tanya satu soalan aja. Tapi dia cerita macam tulis esei pulak. Jenuh pulak nak membaca, hm jawab K je lah balik!






11. Reply dengan satu perkataan aja


Bila tanya soalan, jawab sepatah aja. Nampak sangat tak ada mood nak jawab soalan, tapi kalau nak reply macam ni, baik tak payah reply terus kan. Mesej ini selalunya berlaku kalau ada kes merajuk, especially pasangan yang sedang bercinta.






12. Untunglahhh


Kalau dapat mesej reply macam ni kan, tak tau lah nak kata sama ada kawan korang ni dengki atau apa. Bunyi macam dengki, tapi bila baca banyak kali rasa macam malas nak layan pun ada.






13. Tengah ada serius conversation tapi dapat HAHAHA


Bila korang tengah stress nak kongsi masalah dengan kawan, tapi dapat reply macam ni pulak. Apa perasaan korang ya? Jangan sampai bunuh diri pulak tau!







Ada lagi jenis reply yang annoying? Share dengan kami di ruangan komen!

No comments:

Post a Comment

Tidak menerima sebarang komen yang menghina dan maki caci