728x90 AdSpace

  • Latest News

    Monday, 27 March 2017

    Syarat Ketat BR1M Sebab Kerajaan Jaga Amanah Wang Rakyat




    “Datuk Seri Najib dulu rambut hitam tapi sekarang dah putih melepak, sebab sering berfikir formula yang terbaik untuk agihkan dan pastikan kek kekayaan ekonomi negara dapat diberikan secara saksama.

    “Sebab itu bukan mudah nak dapatkan BR1M kerana kita (kerajaan) mengunakan 13 agensi saringan antaranya Jabatan Pendaftaraan Negara, LHDN, PDRM, JPA, MOE, termasuklah dengan Jabatan Agama Islam dan sebagainya bagi memastikan bantuan ini benar-benar dapat disalurkan kepada golongan sasar,” ujar Datuk Lokman Noor Adam, Pengarah Komunikasi Kementerian Kewangan.

    Beliau mengulas mengenai kenapa susah untuk meluluskan permohonan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) yang baru-baru ini menjadi isu panas apabila ramai yang ditolak permohonan mereka kerana ada status "SSM".

    Bagi penulis, tindakan Kementerian Kewangan dan LHDN itu ada betul juga. Kerajaan terpaksa menilai dengan sehabis rigid agar wang amanah dari rakyat itu tidak terlepas kepada mereka yang menipu.

    Sebenarnya dalam isu BR1M ditolak ini bukan kerajaan yang salah tetapi rakyat itu sendiri. Rakyat yang banyak menipu itulah yang harus dipersalahkan.

    Adakah logik seorang yang berpendapatan lebih dari RM10 ribu pun masih mahu memohon BR1M? Dan apabila kerajaan mengetatkan urusan penilaian dan kelulusan, rakyat marahkan kerajaan pula.

    Sedangkan kerajaan tidak mahu wang rakyat itu mengalir kepada mereka yang tidak sepatut menerimanya.

    Jadi fikirlah dengan iman dan akal yang ada. Jangan tahu untuk menyalahkan kerajaan secara membabi buta begitu sahaja. -KAKI PALU

    "Hidup tak selalunya indah tapi yang indah itu tetap hidup dalam kenangan"
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 Comments:

    Post a Comment

    Tidak menerima sebarang komen yang menghina dan maki caci

    Item Reviewed: Syarat Ketat BR1M Sebab Kerajaan Jaga Amanah Wang Rakyat Rating: 5 Reviewed By: Editor
    Scroll to Top