728x90 AdSpace

  • Latest News

    Monday 27 March 2017

    PPBM... Tunggulah, Jika Tak Dihalau Dengan Parang Mungkin Akan Diludah Di Muka...




    SELEPAS memohon untuk masuk menyertai Pakatan Harapan yang dikuasai DAP, PPBM sekali lagi membuat satu perkara yang amat pelik dan memperbodohkan diri sendiri.

    Bagaikan analogi selepas meminta izin untuk bermalam di sebuah rumah kenalan, dia pula meminta agar tuan rumah mengubah kedudukan katil, almari, bilik air, cadar, aircond dan selimut tempat dia mahu tumpang tidur itu.

    Dalam satu kenyataan Presiden PPBM Muhyiddin Yassin meminta agar partinya (sebenarnya parti Mahathir Mohamad) menjadi ketua atau penguasa penuh kepada pakatan pembangkang itu.

    Ini sekali gus mengenepikan fungsi yang selama ini dipegang oleh Legasi Lim dalam DAP sendiri.

    “Paling penting melihat gabungan parti baharu ini adalah berteraskan Melayu dan Bersatu antara parti utama yang akan mendukung perjuangan parti dalam gabungan harapan ini.

    “Kita mahukan agar gerakan yang akan dipelopori oleh pembangkang mestilah organisasi yang diketuai Melayu, majoritinya adalah Melayu tetapi parti-parti lain yang bergabung dalam Pakatan Harapan akan menjadi sebahagian daripada keluarga kita, ini penting supaya rakyat yakin,” katanya menurut laporan Astro Awani.

    Mungkin sudah boleh dianggap gila atau hilang kewarasan dalam PPBM apabila sudah menumpang rumah orang, dia pula mahu menjadi ketua rumah itu.

    Makanya apa akan jadi selepas ini?

    Mungkin kita sudah boleh bayangkan jika kitalah yang pergi menumpang rumah orang dan tiba-tiba kita meminta agar tuan rumah mengikut selera kita, jadi apa akan terjadi kepada nasib kita?

    Tunggulah, jika dia tidak halau kita dengan parang kontot, mungkin kita akan diludah di muka! -KAKI PALU

    "Hidup tak selalunya indah tapi yang indah itu tetap hidup dalam kenangan"
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 Comments:

    Post a Comment

    Tidak menerima sebarang komen yang menghina dan maki caci

    Item Reviewed: PPBM... Tunggulah, Jika Tak Dihalau Dengan Parang Mungkin Akan Diludah Di Muka... Rating: 5 Reviewed By: Editor
    Scroll to Top