728x90 AdSpace

  • Latest News

    Friday 17 March 2017

    Suami Miang Lebih Membahagiakan Si Isteri



    Percaya atau tidak, suami miang akan menjadikan rumah tangga lebih bahagia. Mesti ramai isteri-isteri dah mula fikir bukan-bukan.

    Jangan ingat suami miang tu bermaksud suami menggatal dengan perempuan lain

    Kami senaraikan 4 sikap suami miang yang sebenarnya membuatkan rumah tangga lebih bahagia.



    1. Suami miang tu jenis macam ni…

    Suami miang yang kami maksudkan ialah perbuatan suka berjenaka, gemar mengenyit mata, memberi flying kiss yang hanya dilakukan kepada isteri tercinta akan membuatkan hubungan suami isteri lebih menarik dan tidak hambar.


    2. Suami perlu bijak bergurau agar hubungan tidak suram & membosankan

    Kehidupan berumah tangga sangat memerlukan gurau senda dan tawa. Suami isteri perlu bijak menangani situasi dan keadaan agar suasana tidak menjadi suram dan membosankan.


    3. Sifat miang sebenarnya boleh digunakan untuk pujuk isteri

    Kaum isteri sinonim dengan sifatnya yang mudah marah kerana perkara-perkara kecil yang berlaku di dalam rumah tangga, namun tidak ramai para suami yang tahu, dengan sifat miang inilah mereka boleh memujuk isteri.


    4. Kalau isteri tengah merajuk, buat macam ni

    Apabila si isteri sedang bermasam muka, cuba peluknya dari belakang dan bisikkan kepadanya ‘Abang minta maaf jika ada buat salah’ dan perhatikan reaksi positifnya.


    Allah telah cipta satu hormon yang dirembeskan oleh pituitary gland ke dalam darah dengan cepat iaitu hormon oxytocin untuk bagi seseorang tenang apabila dipeluk.

    "Hidup tak selalunya indah tapi yang indah itu tetap hidup dalam kenangan"
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 Comments:

    Post a Comment

    Tidak menerima sebarang komen yang menghina dan maki caci

    Item Reviewed: Suami Miang Lebih Membahagiakan Si Isteri Rating: 5 Reviewed By: Editor
    Scroll to Top