Lebih sedekad mengabdikan diri dalam dunia seni dan melalui perit getir menjadi anak wayang, pelakon Shakilla Khoriri mengaku lebih suka berkawan rapat dengan artis senior.
Tak pernah bermusuh dengan mana-mana pihak, Shakilla, 27, bagaimanapun belajar daripada kesilapan lalu.
"Saya tak pernah buat jahat pada orang. Sebaliknya, saya cuba bantu naikkan mereka sebab kita nak semua orang bagus. Apabila kita buat baik, kita harapkan kebaikan yang datang pada kita. Tetapi perkara sebaliknya berlaku kepada saya.
"Saya jarang keluar dengan kawan-kawan artis sampai orang anggap saya sombong. Bukan sombong, tetapi, saya takut jadi macam ini.
"Saya lebih selesa bergaul dengan artis lama sebab kalau ada yang tak puas hati, mereka akan cakap depan-depan dan tak pendam," katanya kepada BH Online.
Shakilla berkata, industri seni tempatan sebenarnya kecil.
"Ke manapun kita pergi akan jumpa orang sama. Dulu, pantang dengar orang mengata, saya akan jumpa dia. Tetapi sekarang, baik saya diamkan saja," katanya.
Bakal mendirikan rumah tangga dengan kekasih hati yang juga penyampai sebuah stesen radio, Fizi Ali, tahun ini, Shakilla mahukan majlis yang ringkas tetapi meriah.
Sudah menetapkan tarikh pertunangan yang dijangka selepas Aidilfitri, Jun depan, pasangan yang sudah empat tahun menjalinkan hubungan cinta ini tidak mahu terlalu terbuka dalam soal jodoh.
"Insya-Allah, tahun ini akan melangsungkan perkahwinan. Tarikh sudah ada, cuma tunggu selepas majlis pertunangan kerana saya sedang sibuk dengan penggambaran sehingga Mei depan," katanya.

"Hidup tak selalunya indah tapi yang indah itu tetap hidup dalam kenangan"
0 Comments:
Post a Comment
Tidak menerima sebarang komen yang menghina dan maki caci